18 December 2011

Pelajar Malaysia Gay!



Heboh sehari dua ni pasal seorang pelajar Malaysia yang bernama Arif Alfian Rosli berkahwin. Perkahwinan memang sunnah Rasulullah dan dituntut oleh setiap agama di dunia. Akan tetapi perkahwinan Alfian ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan norma masyarakat. perkahwinan antara lelaki dengan lelaki.

Gay! Itulah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang lelaki yang menyukai lelaki lain. Lesbian pula merujuk kepada seseorang perempuan yang menyukai perempuan. Percintaan kaum sejenis ini dah bermula sejak zaman Nabi Luth lagi. Perbuatan ini sangat ditegah di dalam Islam. Allah berfirman dalan surah Al-Araf yang bermaksud:-

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri .” (QS. Al A'raaf, 7: 80-82)"



Ayat diatas sudah jelas menunjukkan kepada kita bahawa perbuatan itu sangatlah dilarang Allah. Akan tetapi dewasa ini masih banyak antara kita yang mengulangi perbuatan terkeji ini. Malaysia juga tidak terkecuali apabila satu perhimpunan yang hampir diadakan di Malaysia yang digelar Seksualiti Merdeka. Kumpulan ini menyokong penuh gerakan Lesbian Gay Homoseksual dan Transeksual (LGBT). Malang sekali apabila ada diantara penyokong itu adalah dari kalangan orang Melayu Islam antaranya ialah anak mantan Perdana Menteri, Marina Mahathir.

Masyarakat memainkan peranan penting untuk membenteras gejala yang semakin berleluasa ini. Bimbingan agama sewajarnya dijadikan asas untuk kita membantu golongan2 LGBT ini kembali ke pangkal jalan. Mahukah kita mendapat balasan dari Allah sepertimana yang telah dia turunkan ke atas kaum Nabi Luth? Guna sikit akal yang waras untuk berfikir.

12 December 2011

Hari Keputeraan Sultan Selangor

Daulat Tuanku!

Hari Keputeraan Sultan Selangor pada tahun 2011 jatuh pada hari Ahad. Memang ngam sekali untuk berehat sebab Isnin akan cuti. Cuma Hari Keputeraan Baginda tahun ini agak istimewa sedikit sebab pada hari itu juga merupakan hari terakhir Sultan Mizan menjadi Yang DiPertuan Agong.

Malaysia mempunyai sistem beraja yang amat unik sekali di dunia. Walaupun Baginda Sultan2 merupakan Ketua Negeri tetapi Tuanku tidak mempunyai sebarang kuasa mutlak seperti di negara2 lain. Akan tetapi Baginda Sultan mempunyai kuasa berkaitan Adat Istiadat dan Agama Islam. Walaubagaimanapun, Sultan boleh bertindak menasihati jemaah Exco Negeri jika Baginda merasa ada sesuatu yang tidak kena.

Akan tetapi, Baginda Sultan Selangor mempunyai sedikit masalah di dalam tahun 2011 berkaitan hal agama Islam negeri. Apa tidaknya, kerajaan Negeri suka mencampur adukkan hal2 pentadbiran dengan politik. Jika dilihat, kerajaan negeri sebelum2 ini tidak mendatangkan banyak masalah kepada rakyat dan Sultan Selangor. Semua berjalan dengan lancar.

PRU13 pun hampir tiba. Tiba masa untuk rakyat memilih. Inginkan kerajaan yang sentiasa bermasalah atau kerajaan yang mengatasi masalah. Tepuk dada tanya selera.

p/s: jangan lupa macam mana Khalid Ibrahim kena maki di Ijok! :)

02 December 2011

Kepenatan

Ini lah keadaannya bila penat buat hal. Asyik nak mengamuk je, bila penat tidur. Kadang2 menghiburkan, tapi kadang2 menyakitkan hati. Haha.

29 November 2011

Tragedi 18.11.11

Ya Allah!

Itu ayat yang terkeluar dari mulut aku bila aku terjatuh dari skuter kesayanganku. Masa tu macam2 yang bermain kat fikiranku. Itulah kali pertama aku accident lepas 7 tahun lebih aku guna motosikal untuk ke mana-mana.

Aku accident di Jalan P Ramlee di hadapan simpang ke UBN Tower dan Menara Hap Seng. Sebuah teksi sial (HBA 8014) turunkan penumpang (yang agak sial sebab bukak pintu tak tengok belakang) di lampu merah. Nasib baik masa tu aku pun tgh slow sebab lampu merah.

Member2 aku datang untuk tolong. Termasuk la abang ipar dan kakak aku yg tengah nak balik kerja. Mula2 jatuh, takde la sakit mana tapi lepas 30 minit, hanya Tuhan je yang tahu. Pergi Hospital, lepas xray semua doktor sah kan tak ada tulang yg patah atau retak. Alhamdulillah. Tp sakit jugak la dekat kaki kiri, lutut kaki kanan, tangan kanan, rahang dan badan.

Sekarang aku masih dalam proses nak pulih. Aku cuma harap, teksi sial tu akan sedar, jangan turunkan orang masa lampu merah! Dah la dia tak ambil berat pun dengan aku, terus cabut macam tu je. Haih. Untuk semua yang baca, aku nasihatkan berhati2 di jalan raya.

Adios!

05 October 2011

Pengurusan Sumber Manusia Yang Tidak Adil.

Mungkin ramai antara kita yang tahu akan kepentingan bekerja. Tp sedarkah kita berapa banyak syarikat2 di Malaysia yang mengamalkan sistem pentadbiran sumber manusia yang baik dan adil kepada pekerja?

Aku secara peribadi telah menyertai pelbagai syarikat. Dari syarikat kecil, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat besar & syarikat luar negara. Tiada satu pun syarikat yang sempurna dalam menjaga kebajikan pekerja. Kita perlu akui bahawa tiada yang sempurna. Akan tetapi, kita perlu berusaha untuk memperbaiki keadaan.

Aku nak cerita tentang sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Tak perlu aku ceritakan namanya. Syarikat ini ditubuhkan dibawah pakej ransangan ekonomi kedua bernilai RM60billion. Dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak di Parlimen.

Dikemudi oleh seorang CEO yang muda. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembankan. Apa yang menyedihkan, pengurusan tertinggi syarikat ini dikendalikan oleh mereka yang tidak berpengalaman luas dalam pentadbiran. Mereka ini menghancurkan kepercayaan rakyat rakyat kerana modal syarikat ini adalah daripada kerajaan. Dalam masa tak sampai setahun, ramai pekerja yang berhenti dan rata2 tidak berpuas hati dengan pentadbiran syarikat yang tidak cekap. Pengarah Sumber Manusianya pula adalah seorang manusia yang tidak pandai menjaga kebajikan pekerja dan hanya mementingkan diri sendiri.

Bayangkan seorang pengarah memarahi setiausahanya hanya kerana tertekan bila bertengkar dengan kekasihnya. Tak cukup dengan itu, dia turut menghasut rakan pengarah yang lain untuk tidak mengambil pekerja di dalam syarikat itu sendiri kerana beliau tidak suka akan pekerja itu.

Sebagai seorang pengarah sumber manusia, beliau tidak layak langsung untuk duduk dikerusi itu. Beliau seorang manusia yang tidak ada kelulusan dalam bidang sumber manusia. Aku cuma berharap agar manusia2 yang mementingkan diri sendiri seperti beliau diambil tindakan kerana manusia seperti ini hanya pandai menabur pasir di periuk nasi orang lain.


Sent from my iPhone 4

07 August 2011

Permulaan Pertaman

Assalamualaikum...

Ini merupakan weblog personal aku yang pertama. Aku juga merupakan seorang blogger bersama untuk blog www.partikianruntuh.blogspot.com atas nama Adam Amer. Untuk makluman, segala tulisan di dalam blog ini adalah pendapat peribadi aku. Ia berdasarkan pemerhatian aku sebagai seorang rakyat marhaen yang mahukan Malaysia terus harmoni dan aman damai. Jika kita bersatu atas semangat 1Malaysia, tidak mustahil kita akan menjadi sebuah negara yang kuat dan disegani serta dipandang tinggi di dunia. Tidak dinafikan, dalam setandan pisang akan terdapat beberapa pisang yang busuk. Sama juga seperti di Malaysia. Terdapat beberapa puak yang dikategorikan sebagai pisang yang busuk. Demi kepentingan politik sempit dan cita-cita untuk menakluki Putrajaya, mereka akan membuat apa sahaja yang dirasakan perlu bagi mencapai matlamat mereka. Tugas kita sebagai rakyat, menilai dengan waras yang mana satu permata dan mana satu kaca. Ingatlah bahawa tidak ada manusia yang dilahirkan maksum. Kerajaan juga ada melakukan satu dua keputusan yang salah tetapi kita perlu menegur dengan cara yang berhemah. Apa yang pembangkang di Malaysia amalkan adalah sentiasa menentang kerajaan sekalipun keputuan yang diambil itu adalah keputusan yang sukar demi kebaikan rakyat. Jika dapat dilihat, tidak pernah seorang pun pemimpin pembangkang yang mengaku kesilapan mereka. Mereka seolah-olah terlalu maksum. Jadi, terpulanglah kepada rakyat termasuk aku untuk menilai mana yang benar dan mana yang salah.

Wassalam...