31 December 2012

Musibah

28/12/12, 3 hari sebelum tahun 2012 berakhir, aku dapat musibah. Masuk wad. Sampai entri ni aku tulis, aku masih lagi dlm wad. Dah 31/12/12 dah ni. Aku memang bosan dalam wad ni. Apa pun tah boleh buat.

Mula-mula aku muntah-muntah. Dalam 8 kali. Sampai lembik badan aku. Dari DEMC aku ke SDMC. Rupa-rupanya appendiks la. Doktor nak bedah, tapi aku memang trauma pasal bedah-bedah ni. Haih, menakutkan.

Nasib baik cik tunang setia meneman. 2 hari, cik tunang duduk sehari suntuk. Belikan makan, buatkan air, lipatkan baju. Bertambah sayang aku dgn bakal isteri aku ni. Tapi kurang menarik sebab kami sambut tahun baru dalam wad. Sorry ye sayang... :(


Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

13 November 2012

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita





Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:- 
  • Lelaki yang mampu mengalirkan air mata. 
  • Lelaki yang sedia menerima teguran. 
  • Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun. 
  • Lelaki yang tenang dan lapang dada. 
  • Lelaki yang baik sangka. 
  • Lelaki yang tak pernah putus asa. 
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. Tetapi dimana pula kegagahan seorang wanita? Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:- 
  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan. 
  • Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. 
  • Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan (kematian suami). 
  • Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. 
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. 

Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat” 

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” - Surah Al-Ahzab: ayat 71

10 November 2012

Perjalanan...

Setiap yang bermula pasti akan ada penghujungnya. A memulakan huruf dan diakhiri dengan Z. Adam memulakan senarai rasul dan diakhiri dengan Muhammad. Begitulah juga kita. Bermula dengan setitis air mani dan diakhiri dengan menjadi makanan kepada ulat.

Bayi memulakan hidup dengan tangisan dan akhir kita diakhiri dengan memberi tangisan. Agak pelik bunyinya tapi itulah yang aku fikirkan sekarang. Fikiran yang selalu bermain dengan kata-kata dan penuh dengan persoalan.

Rasanya baru semalam aku mengorak sebuah langkah. Langkah yang kurang yakin dan acapkali meninggalkan kesan di lutut kerna jatuh dan jatuh. Kemudian apabila langkah itu semakin pasti membuahkan keputusan yang tidak akan mengecewakan, aku mula mempercepatkan langkah itu.

Sedar saja, aku sudah melangkah ke alam persekolahan. Ku akui, aku bukan murid pilihan, seringkali menyendiri bersama dengan angan-angan yang aku sendiri kurang pasti. Melihat rakan-rakan berlari, aku rasa seringkali aku ditinggalkan ke belakang. Hatta aku mengorak langkah lagi sekali dan beroleh kejayaan. Akan tetapi jiwa muda yang menggelegak dengan rasa tidak puas hati menyebabkan aku hampir tersungkur.

Berada di menara gading membuatkan aku insaf. Tiada gunanya jika hanya mengikut jiwa muda yang masih mentah. Ku ukir semula kain hidupku dengan istilah ilmu, secarik noda hitam ku buang jauh ke dasar pasir laut. Biarkan ia karam bersama kekesalan yang tak mungkin dapat ku lenyapkan. Segalanya seakan baru.

Perjalanan hidup ku diteruskan. Alam-alam sebelum ini telah jauh kutinggalkan. Melangkah ke alam dewasa. Aku mengorak langkah di alam dewasa yang penuh cabaran. Penuh tipu nista. Penuh dengan daya hasutan. Sedar dalam leka, aku berjaya menempuhnya. Bukan sikit cabaran, nista dan hasutan, tapi berkat kecekalan, dapat jua ku harunginya.

Persepsi aku berbeda dengan orang lain, cinta itu karut. Akan tetapi tak dapat kunafikan, serasa gelap di kolong hatiku tanpa peneman. Peneman yang akan menemaniku tika sukar dan gembira. Tika ku mengintai kamar seorang gadis, tak pula kutahu samada hatinya sudah dihuni atau belum. Ku hampiri dan ku dekati, ku gumpalkan semua keberanian untuk mendapatkan kunci hatinya. Akhirnya pada masa penghulu segala bulan menjelma, ku titipkan puitis untuk hatinya. Alhamdulillah, hatinya jua bersama aku. Ku suntingnya dan insyaAllah, kekal dan sentiasa jadi suri hatiku sehingga ku temuinya semula di firdausi.

Perjalanan... Sesuatu yang misteri. Acapkali kita merasakan ia mustahil dan menakutkan, tapi tanpa kita sedari, tinta Allah itu menitipkan sebuah perjalanan yang indah untuk setiap hamba-Nya...

Wallahualam


Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

04 November 2012

Skyfall Yang Teruk!

3 November 2012, aku dgn tunang aku pergi la tengok cerita James Bond 007: Skyfall. Tempat tujuan dekat TGV Wangsa Walk. Kenapa aku pilih Wangsa Maju sedangkan di Bukit Raja pun ada TGV? Ia tak lain kerana TGV Wangsa Maju memang best dan kebetulan Cik Tunang teringin makan nasi kandar di NZ Curry House.

Booking ticket pukul 2pm. Kami sampai pukul 1pm. Lps solat zohor, terus tengok movie. Harapan berkobar-kobar nak tengok 007. Berbekalkan popcorn large set dan hotdog mini, dengan riang terus masuk cinema. Ramai orang, tapi aku dah booking tempat paling best, kat atas sekali!

20 minit pertama, hebat! Penuh aksi! Tapi lepas tu, makin lama makin bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Rasanya ini adalah cerita James Bond paling bosan aku pernah tengok! Tiada gadget menarik, kereta menarik, aksi menarik, plot cerita menarik dan klimaks yang menarik! Ramai orang dah mula keluar cinema lepas 1 jam cerita main. Damn! Teruk sangat! Aku sempat tidur dalam 15 minit, bosan punya pasal.

Ia bukan sebab Daniel Craig ni tak bagus tapi jalan cerita yang macam haram! Tak ada apa yang menarik perhatian orang dalam cinema kecuali kereta lama James Bond, Aston Martin! Rasanya cerita James Bond ni hanya gah pada nama tapi hakikatnya mereka dah kering idea!

Jadi pada sesiapa yang nak tengak tu, silakan. Buat penilaian sendiri tapi pada aku, Taken 2 lagi menarik dari Skyfall! Nasib baik Cik Tunang ada. Kalau aku seorang masuk tengak, 1 jam kemudian, confirm aku keluar balik.

Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

03 November 2012

This Love

Love you so much my sindarella... :)

Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

29 October 2012

Perlu ke?

Ayat pertama yang keluar dari mulut aku adalah "bangang punya perempuan". Itu saja aku aku cakap bila aku terbaca tweet si bangang @HananJunior ni. Aku tak campur pun kau nak berromen ke, jadi pelacur ke tapi perlu ke semua benda kau tweet?

Mungkin ini akibatnya kalau terikut-ikut sangat budaya barat. Tak tau mana yang patut buat atau tak patut buat. Yang pasti akibat terlalu banyak pendedahan media terhadap gaya hidup orang barat, ini la harga yang kita perlu bayar.

Aku tak pasti mak bapak budak ni baca ke tidak. Cuma aku harap, budak ni insaf dan delete tweet dia. Guna akal sikit, tak perlu tweet benda-benda macam ni.

Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

26 October 2012

Salam Aidiladha 2012

Salam AidilAdha tahun 2012. Tahun yang terakhir aku beraya sebagai bujang. Tahun depan dah ada pasangan. Tak sabar rasanya, jantung tak duduk diam.

Raya Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Jadi, akan ada 2 khutbah, satu khutbah raya dan satu khutbah Jumaat. Masa itu agak suntuk, sebab habis solat sunat aidiladha habis pukul 930am. Solat Jumaat mula pada pukul 100pm. Jadi, AJK Masjid buat keputusan untuk adakan upacara korban pada hari sabtu, 27 Oktober.

Kepada cik tunang, selamat hari raya, maaf zahir batin... ILUSM... :)


Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

21 October 2012

Rehatkan Minda



20 Oktober 2012 aku dan cik tunang pergi merehatkan minda di Bukit Tinggi Pahang. Perjalanan yang tak dirancang dari awal tapi akhirnya kami selamat sampai dan balik, alhamdulillah. Memang mendamaikan kat sana, tengak pemandangan yang lain dari lain. Jauh dari hiruk pikuk kotaraya.

Kami bertolak pukul 10am dan sampai pada pukul 1130am. Tiket  masuk RM24 untuk 2 orang dewasa. Tempat pertama dituju adalah Colmar Tropicale. Terasa macam berada di dunia yang asing. Ini kali kedua aku ke Bukit Tinggi. Tak tahu macam mana nak gambarkan bila cik tunang tersenyum gembira. Seronok bila dapat gembirakan cik tunang.

Cik tunang sangat suka pemandangan di Bukit Tinggi ni. Hasilnya, banyak tempat cik tunang bergambar. Aku? Kurang minat sikit bab-bab bergambar seorang ni. Seronok bila dapat tengok cik tunang tersenyum riang cium bunga.

Kadang-kadang, kita memang perlu curi sedikit masa untuk merehatkan minda. Terlalu serabut kepala aku, jadi bila dapat merehatkan minda walaupun sekejap, memang lega rasanya. Kebetulan cik tunang pula bercuti mandatori. Jadi, rajin-rajin pergi merehatkan minda. Tak perlu belanja yang tinggi atau jauh-jauh, cari tempat yang berhampiran dengan anda.

P/S: Cik tunang, nanti kita ke Cameron Highland ye sayang... :)

Sent using my MacBook Pro

14 October 2012

Berusia Sebulan...

Alhamdulillah. 16/10/12 berusia sebulan pertunangan aku dgn Cik Tunang. Takde apa-apa dugaan sepanjang ini. Cuma merajuk sikit-sikit tu ada tapi nasib baik Cik Tunang ni merajuk tak lama. Setengah hari je ok dah. Hehe.

Kepada Cik Tunang, lagi 5 bulan je lagi. Stay cool dan buat apa-apa yang patut ye. Kita fikir sama-sama, baru semua berjalan lancar nanti. I always with you sayang. :)


Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

10 October 2012

My Heart With You

Lama tak menulis. Otak dah semakin tepu untuk menulis. Terlalu banyak benda realiti yang aku perlu fokus. Termasuklah hari pernikahan aku. Rasa menggeletar pula bila nak lafazkan "Aku Terima Nikahnya".

Blog aku ni telah diubah suai oleh tunang kesayangan aku, Azura aka Sindarella Ezora. Thanks my dear because you change this blog looks like 'Taman Strawberry".

Aku nak cerita sikit pasal tunang kesayangan aku ni. Seorang gadis yang bekerja di Bank Islam, tempat lama aku kerja. Boleh dikatakan aku ni 'stalker' tunang aku ni. Kami kenal lebih kurang 3 tahun lepas tapi baru 6 bulan agak serius.

Pertama kali aku lamar tunang aku ni masa bulan Ramadhan, lepas buka puasa. Alhamdulillah, aku tak bertepuk sebelah tangan. Terus aku sarungkan cincin pertama aku beli. Hari Raya ketiga dgn kaki menggeletar, aku berjumpa ayah tunang aku. Alhamdulillah, family dia terima.

Tanpa tunggu panjang, 16 September, terus aku bawa rombongan meminang. Semua berjalan lancar. Amin, amin ya rabbal 'alamin. Sekarang cik Mazura Haini sah menjadi tunang kepada Teddy Bear ni. Bulan Mac 2013, aku akan berhadapan dgn tok kadi, memang menggigil dah dari sekarang.

Sejak aku bertunang ni, ramai kata aku dah berubah. Tak keluar malam, tak main gadget, berjimat, jarang makan dan asyik dengan BlackBerry. Ye la, persediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

Jadi, cik tunang yang membaca ni, Teddy Bear sayang ni nak cakap yang dalam hati I cuma ada sayang seorang saja. Tak pernah ada orang lain. Terima kasih sebab sudi terima Teddy Bear ni sebagai teman. Teddy Bear ni berjanji akan jaga sayang dunia dan akhirat, jadi suami yang baik dan tak akan pernah sia-siakan sayang. Layanan dan kasih sayang yang I bagi tak pernah dan tak akan kurang selamanya. I love you my sayang.



Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

22 September 2012

I Love You...

Dear Allah,

I wanna take a minute. Not to ask for anything from You but simply to say thank you, for all I have including the person that I love so much, my fiancee, Mazura Haini. I will love you forever, insyaallah until jannah...


Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

08 August 2012

Kehidupan: Apa Yang Dicari?

"Tak terlalu awal ke kau nak kahwin?"

Ayat tu keluar dari mulut seorang kawan aku bila aku cakap niat aku mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Aku berfikir sejenak, bukan tentang apa yang diperkatakan tetapi apa yang aku cari dan inginkan dalam kehidupan aku.

Kehidupan, terlalu subjektif untuk diperkatakan. Ada yang mahukan segala kemewahan duit dan ada pula yang terlalu mengejar akhirat sehingga lupa yang dia masih hidup di dunia ini.

Ketika aku berfikir, aku merasakan yang keputusan aku untuk mendirikan sebuah masjid seawal usia 26 tahun, tidak menjadi kesalahan. Bahkan rasanya, itu amat digalakkan dalam agama bagi menghindari sebarang perbuatan yang menjurus ke arah maksiat yang terang2 ditegah Allah.

Aku mula memikirkan, usia kita di dunia ini sangat pendek. Apalah gunanya jika kehidupan kita hanya dihamparkan dengan sebuah jalan cerita yang dihujani oleh kisah-kisah penuh noda. Alangkah lebih mendamaikan jika kita dapat mencipta kehidupan yang diberkati. Bekerja, berkeluarga & beribadah bersama. Jannah yang dijanjikan-Nya teramat indah. Berjuta kali lebih indah dari apa yang kita lihat di dunia ini.

Aku merancang sebuah kehidupan di dunia ini. Dari belajar, bekerja, berkahwin, mempunyai keluarga, menjadi tua & menjadi jenazah. Aku berharap perancangan itu diberkati & dibantu Allah. Walaubagaimanapun, setiap kita mampu merancang tapi perancangan Allah jua yang hakiki.

Wallahualam.

Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

07 August 2012

Ustaz Don Daniyal - Anak Asset ke Syurga atau Neraka?

Pagi Ramadan ke 18, aku terjumpa video ini. Apakah anak kita aset untuk kita ke syurga atau aset kita ke neraka? Sama-sama kita renungkan.

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=NvbVfUNKEWA&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPad

Nikah Muda

Tiba-tiba rasa nak tulis pasal tajuk ini. Ada yang mengatakan bernikah pada usia muda banyak cabarannya. Tetapi apakah cabaran itu tak dapat ditempuhi?

Sebenarnya bernikah dalam usia muda ada positif dan negatifnya. Menurut Islam, bernikah diusia muda amat digalakkan bagi mengelakkan pasangan terjerumus dalam lembah maksiat. Tetapi, dari segi adat Melayu pula, kebanyakkan ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka bernikah diusia seawal 20 tahun. Kerana dikhuatiri pasangan itu tidak dapat mengawal emosi & akhirnya menghancurkan institusi rumah tangga itu sendiri; sesuatu yang halal tetapi amat dimurkai Allah swt.

Faktor usia sebenarnya tidak menjadi halangan. Jika si lelaki mahupun perempuan sudah mampu dari segi fizikal & mental, kenapa tidak dilanjutkan sahaja hubungan itu kepada pernikahan? Si lelaki lebih memainkan peranan, jika lelaki dapat berfikir secara matang, perkara yang dituntut dalam sunnah itu harus dipercepatkan.

Sebenarnya, pasangan yang bernikah muda mempunyai banyak kelebihan dalam menyusun kehidupan mereka pada masa akan datang. Mereka mempunyai banyak masa untuk merangka kehidupan. Bermula dengan bertatih kemudian berlari selaju yang mungkin.

Ramai tidak menyedari bahawa kebanyakkan antara kita akan berhenti bekerja pada usia 55 tahun. Jika bernikah pada usia 25 tahun, dan insyaAllah dengan rezeki dari Allah serta doa yang tidak putus, mungkin pasangan akan memiliki cahaya mata pada usia 26 atau 27 tahun. Jika si anak tadi meningkat usia 20 tahun, si bapa ketika itu sudah berusia 46 tahun & masih bekerja. Jadi tiada masalah kewangan untuk membenarkan anak tadi melanjutkan pelajaran mungkin ke peringkat ijazah. Ketika si anak menamatkan pelajaran di usia 25 tahun, si ayah sudah boleh berehat & meluangkan masa dgn si isteri ketika usia 55 tahun. Itu secara tidak langsung, akan mengukuhkan institusi keluarga itu sendiri.

Jadi mengapa perlu dipandang negatif jika sesuatu pasangan menyuarakan hasrat untuk bernikah diusia muda? Masalah kewangan? Ikutilah pesanan Rasullullah, permudahkan perkahwinan itu. Jika mampu 3 dulang, lakukan 3 dulang & jika mampu 3 hari 3 malam, lakukannya. Bersederhana amatlah dituntut kerana kehidupan selepas pernikahan itu lebih penting dari majlis resepsi sehari.

Wallahualam

P/s: Ganbar sekadar hiasan. Sumber: Google Image.

Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

PAS dan Agama Islam

Dewasa ini aku melihat banyak sekali orang2 melayu yg kononnya berhijrah dari kejahilan kepada kebenaran menjadikan PAS sebagai medium untuk menonjolkan penghijarahan mereka. Mereka melakukan demikian untuk menunjukkan bahawa kini mereka tela kembali ke landasan Islam. Golongan ini terdiri daripada orang bisas dan juga dikalangan selebriti.

Nama2 seperti Bob Lokman, 'Pak Jabit', Hairi Othman & Abby Abadi antara mereka yang popular dengan politik PAS ketika ini. Tak dinafikan, status mereka sebagai selebriti atau lebih tepat sebagai Bekas Selebriti banyak memainkan peranan sama ada peranan yg baik atau pun tidak. Segala perilaku mereka, dapat diperhatikan melalui tulisan2 di laman blog dan juga media sosial.

Aku sendiri berasa muak dengan cerita2 'penghijrahan' mereka. Mana tak muak, bila mereka mengatakan bahawa mereka sudah kembali ke landasan Islam tapi dalam masa yang sama mereka makin lantang menghina orang lain. Mengatakan kerajaan kini zalim; setelah mereka mengaut keuntungan hasil dari kerja seni mereka sebelum ini. Tak cukup dengan itu, mereka sewenang2nya menghukum & menghina orang lain atas tiket 'penghijrahan' mereka.

Sedarkan mereka, bahawa kedudukan seseorang itu, sama ada mulia atau tidak, terletak mutlak disisi Allah swt? Hanya Allah yang melihat seseorang itu layak atau tidak dipandang hina atau pun dipandang suci. Lupakan mereka, kisah seorang pelacur yang dapat memasuki syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan? Siapakah kita untuk menghina orang sesuka hati kita?

Manusia ini semuanya sama disisi Allah. Yang membezakan kita adalah tahap keimanan seseorang hamba kepada-Nya. Dan mereka juga harus ingat, Islam dan agama PAS itu berbeza sifatnya. Islam adalah agama syumul yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw kepada setiap ummat akhir zaman. Islam tidak mengajar kita mengkafirkan seorang Islam yang lain. Islam juga mengajar kita hidup rukun tanpa berpecah belah. Islam juga mengajar kita supaya jangan menghina orang lain. Islam juga mengajar kita bersabar. Tetapi itu semua berbeza dengan agama PAS yang mereka anuti.

PAS adalah sebuah parti politik yang merbahaya. Mengundi mereka, terus masuk syurga. Seorang ketua menteri cina diangkat kononnya menjadi khalifah. Membenarkan rumah Allah dimasuki oleh mereka yang dikhuatiri masih berhadas besar dan macam2 lagi yang boleh menyelewengkan akidah umat Islam. Segala tindak tanduk mereka mencerminkan seolah2 mereka maksum dan terlalu pandai agama sedangkan mereka adalah manusia biasa yang fitrahnya tidak sunyi dari melakukan dosa. Bagaimana seorang muslimah yang bertandak di pentas satu ketika dulu mampu memberikan ceramah agama hanya selepas 2 minggu bertudung? Sedangkan para ulama' menghabiskan masa muda mereka selama berbelas tahun menuntut ilmu agama, baru layak memberikan ceramah agama. Apa sijil yang mereka ini ada untuk memberikan ceramah agama? Atas sijil Ahli PAS, mereka sudah boleh mendabik dada kononnya mereka ini ahli agama yang mampu memberikan ceramah agama?

Maaf jika tulisan ini menyinggung mana2 pihak. Aku menghormati fahaman politik anda. Tetapi, perlu dibezakan antara misi politik dan agama Islam. Janganlah baru 2 minggu bertudung, anak ada masalah dengan dadah & kes moral sehingga tertangkap khalwat dijadikan alasan untuk menghina orang lain. Perlu diingat, mungkin orang yang dihina itu lebih mulia dari diri kita. Siapa kita untuk menghina orang lain. Kita semua sama disisi Allah, yang membezakan kita adalah tahap keimanan seseorang. Nik Aziz sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama yang hebat & aku sendiri secara peribadi menghormati ilmu agama yang dimilikinya, patut sedar akan fakta ini.

Sent from my iPad

22 June 2012

Rezeki Berbeza

"Dalam setiap sen yang kita miliki, jangan lupa sebahagiannya adalah milik orang lain"

Antara sebab kita diwajibkan zakat dan digalakkan bersedekah adalah kerana Allah tak mahu hanya sebahagian hamba-Nya merasai nikmat hidup dan sebahagian yang lain menderita. Selain itu, ia dapat menghindarkan diri kita daripada menjadi sombong dan takbur.

Jika perintah zakat dikuatkuasakan, maka tiada satu pun makhluk dibumi ini akan mati kelaparan. Dan jika setiap antara kita menghayati akan perintah zakat itu, maka sucilah harta dan dapat menjadikan kita manusia yang lebih bersyukur kepadanya.

Aku terjumpa sekeping gambar yang buatkan aku hampir menitikkan air mata. Sedang kita enak menjamu makanan yang terhidang, ingatkah kita kepada mereka yang tidak bernasib baik? Bayangkan jika kita ada ditempat si pengemis itu, apakah perasaan kita? Dan jika kita yang berada di dalam restoran itu, lalukah kita menyuap makanan dalam mulut kita?


Sent via DiGi from my BlackBerry® Torch 9810

30 April 2012

Perhimpunan Aman?

28/04/2012 sekali lagi keamanan Malaysia diuji dgn minoriti rakyat yang menggelarkan perhimpunan mereka sebagai Bersih 3.0. Mereka merancang untuk duduk dan bantah berkenaan proses pilihanraya di Malaysia yang dikatakan tidak bersih dan adil.

Diketuai oleh Datuk Ambiga dan sasterawan A. Samad Said, mereka merancang untuk menghimpunkan 500k rakyat di Dataran Merdeka. Tujuan asal, duduk dan bantah.

Kerajaan melalui KDN telah menawarkan Stadium Merdeka untuk mereka berhimpun; lokasi asal yang mereka inginkan ketika Bersih 2.0 tempoh hari. Akan tetapi, mereka berkeras mahukan Dataran Merdeka sebagai lokasi berhimpun. Mungkin tujuan mereka ingin menjadikan lokasi tersebut sebagai Dataran Tahrir di Mesir.

Pihak berkuasa, berdasarkan pengalaman lalu sedar kemungkinan berlakunya huru-hara dan keadaan tidak dapat dikawal lagi. Oleh itu, dengan perintah mahkamah, Dataran Merdeka ditutup untuk orang ramai. Tetapi peserta Bersih telah berkampung di situ seawal pukul 1am, 28/04/2012.

Seperti dijangka, keadaan itu tak dapat dikawal. Ditambah dengan provokasi melampau peserta, berlakulah rusuhan. PDRM terpaksa mengambil tindakan apabila benteng yg didirikan diroboh peserta.

Pada pendapat aku, tidak salah untuk menambahbaik sistem pilihanraya. Tapi perlukah kira berhimpun dan melakukan kekecohan sehingga mendatangkan kecederaan? Sejarah membuktikan, ketika kita mahu menuntut kemerdekaan sekalipun, kita melalui proses rundingan. Tidak memerlukan pertumpahan darah. Jadi untuk menambahbaik sistem pilihanraya, perlukah kita menumpahkan darah sedangkan kita boleh berunding?

Tidak ada satu pun masalah boleh diatasi dengan keganasan. Rundingan merupakan jalan terbaik untuk mencapai sesuatu objektif yang dihajati. Tapi aku tertanya-tanya, apakah pilihanraya kita tidak bersih sehingga pihak pembangkang berjaya menang di 5 negeri dan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di parlimen ketika PRU12? Apakah tidak bersih lagi jika kebanyakkan pemimpin mereka menang di kerusi DUN dan Parlimen serentak? Tepuk dada tanya selera... :)


Sent via DiGi from my BlackBerry® Torch 9810

13 April 2012

PTPTN: Siapa dalangnya?

Siapa dalang PTPTN sebenarnya? Orang yang mula-mula mencadangkan kini membangkang? Itulah lumrah orang politik.

30 March 2012

Jangan terlalu cepat menghukum...

Aku terima mesej ini dari BBM

"Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata "Eee perempuan kotor ni" Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata "ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia" Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata "orang gila ! jangan kacau aku" Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata "euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu" Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran."

P/S: Lepas aku baca, aku teringat yang menjadi lumrah alam untuk menusia menghukum manusia lain sedangkan kita tak pernah berfikir dan mengkaji sebab-sebabnya. Semoga kita semua dapat mengubah sikap buruk ini. InsyaAllah...


Sent via DiGi from my BlackBerry® Torch 9810

29 March 2012

Aset ke syurga atau neraka?

Anak!

Semua orang gembira gembira dikurniakan anak. Tidak kira anak itu lelaki atau perempuan. Anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Anak juga adalah pelengkap sesebuah keluarga.

Anak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh setiap ibu bapa. Jika elok coraknya, maka tanggungjawab ibu bapa itu sudah ditunaikan. Tetapi jika buruk coraknya, nescaya huru haralah kehidupan si anak.

Anak yang dicorak dgn elok merangkumi budi pekerti yang mulia, baik tutur kata, berilmu dan sebagai. Anak seperti ini merupakan aset sesebuah keluarga ke syurga yang kekal abadi.

Tetapi dewasa ini, berapa ramaikan antara ibu bapa yang menjadikan anak mereka sebagai aset ke syurga? Bilangan yang sepatutnya menjadi majoriti tetapi telah bertukar menjadi manoriti hasil daripada pendedahan budaya barat yang berlebihan.

Era ini, si bapa & ibu akan menangis teresak-esak jika anak gadis mereka tidak dapat masuk Akademi Fantasia atau Mentor. Si bapa sanggup memaki hamun orang lain jika anak gadis mereka tidak berjaya dalam uji bakat Pilih Kasih. Ibubapa juga sanggup berhabisan untuk membelikan pakaian yang tidak cukup kain untuk anak gadis mereka.

Malah pada zaman ini, jika anak mereka terlanjur, itu sudah dianggap perkara biasa. Lebih malang bila ibubapa begitu bangga melihat anak mereka diusung ke hulu hilir oleh lelaki-lelaki yang tak ditahu asal usulnya.

Jadi fikirkan, adakah anak anda aset ke syurga atau aset ke neraka?


Sent via DiGi from my BlackBerry® Torch 9810

11 March 2012

Shahrizat Letak Jawatan

8 April 2012 merupakan hari terakhir Datuk Seri Shahrizat memegang jawatan Menteri. Dalam sidang media lewat petang tadi. Walau bagaimana pun, Shahrizat kekal memegang jawatan selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Aku rasa keputusan yang sangat2 tepat. Samada terlibat atau tidak dengan skandal NFC, Shahrizat tidak dapat mengelak kerana ia melibatkan orang yang sangat rapat dengannya.

Mungkin puak pembangkang akan memanipulasikan isu ini sehabis mungkin. Itu sudah dijangka. Tapi kita perlu ingat, Shahrizat seorang perempuan tetapi berani berundur bila beliau terpalit dgn isu skandal NFC. Bagaimana dgn isu skandal seks puak yang lagi satu? Masih terus mencari berjuta alasan?

Ibu tua ditinggalkan di sebuah hotel...

Kurang ajar punya anak!

Itu yang aku boleh ckp bila aku tengok satu video pasal ibu tua yang ditinggalkan di sebuah hotel murah. Anak tu memang wajib dipukul sampai separuh koma! Sanggup dia tinggalkan seorang ibu macam tu je! Dia ingat ibu dia tu kucing ke apa?!

Untuk kita semua, jadikan pengajaran. Sejahat dan seteruk mana pun kita, jangan ikut perangai lahanat yang tinggalkan ibu dia macam dia buang kucing kat tepi jalan.

http://s1200.vuclip.com/fb/79/fb79a259e73457e1a1f77a2d17c96561/ba71763/Tinggalibu_fb79_w_2.3gp?c=416353770&u=1629960458&s=BNfWKS


Sent via DiGi from my BlackBerry® Torch 9810

10 March 2012

Gaya Hidup Baru

Lama rasanya aku tak menulis. Bukan tak ada benda yang nak ditulis tapi agak tak ada masa untuk menulis. Kadang2 akal ni dah terlalu penat untuk menulis.

Alhamdulillah, tahun 2012 merupakan satu lonjakkan yang berbeza dalam diri aku. Untuk pertama kalinya, aku berasa sangat berbeza dalam menjalani hidup aku tiap-tiap hari.

Setahun yang lalu, tidak kira sama ada awal bulan atau hujung bulan, memang terasa sakit nak teruskan hidup. Kewangan memang tak cukup. Nak makan pun kadang-kadang fikir sepuluh kali.

Tapi dengan rezeki kurniaan-Nya, tahun 2012 sangat berbeza. Aku boleh beli apa saja yang aku nak tanpa perlu sekat makan dan boleh bagi kesenangan dekat famili aku.

Betul janji Allah kepada setiap hamba-hambaNya, Dialah Yang Maha Berkuasa keatas tiap-tiap hambanya. Rezeki, jodoh, pertemuan dan ajal maut semua kerja Dia. Siapa kita untuk mengambil-alih kerja Dia? Walau macam mana banyak atau sedikit rezeki yang kita dapat, jangan lupa ucap "Syukur Alhamdulillah". :)
Sent via DiGi from my BlackBerry® Torch 9810

02 January 2012

Tahun Baru 2012

Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur, dapat aku hidup dan menempuh 2011 dgn pelbagai suka, duka dan pelbagai lagi onak ranjau kehidupan. 2011 mengajar aku erti kehidupan dan kepahitan sebagai seorang hambaNya.

2011 aku meninggalkan tempat kerja terbaik aku. Terbaik bukan dalam erti kerja tapi dari sudut pengalaman, rakan2 dan lain2. Aku meninggalkan Danajamin dengan hati yang berat sebenarnya tapi kerana masa depan, aku kena tinggalkan juga.

Aku masuk kerja di ING Insurance. Alhamdulillah, gaji dan jawatan aku naik dari Danajamin. Masuk bidang baru iaitu Life Insurance. Tapi nasib aku lebih buruk di ING kerana dapat supervisor yang paling gila dalam sejarah aku kerja. Bengang punya pasal, aku berhenti 24 jam.

3 minggu menganggur, aku dapat kerja kat MediExpress. Benefit memang langsung tak boleh pakai. Bak kata orang, apa pun tak boleh! Harap gaji semata. Nasib tak baik, 18/11/2011, aku accident motor. Lebih 7 tahun aku guna motor, ini kali pertama accident. Part yang paling best, company aku tak cover medical walaupun 1 sen. Damn!

Mungkin rezeki & petunjuk dari Allah, aku dapat interview di Alliance Bank. Kalau dan tertulis rezeki seseorang du Luth Mahfuz, memang tak dapat dinafikan sesiapa. Aku dapat kerja kat Alliance Bank, 1 hari lepas interview. Dengan taraf jawatan, gaji & benefit lagi tinggi dari tempat kerja aku sebelum ini.

Aku harap 2012 akan menjadi tahun yang lebih bermakna dari tahun sebelum2 ini. Bukan menjadi terlalu sempurna tanpa sebarang masalah, tapi sekurang2nya tidak menjadi lebih buruk dari sebelum ini. InsyaAllah.

Wallahualam... :)