08 August 2012

Kehidupan: Apa Yang Dicari?

"Tak terlalu awal ke kau nak kahwin?"

Ayat tu keluar dari mulut seorang kawan aku bila aku cakap niat aku mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Aku berfikir sejenak, bukan tentang apa yang diperkatakan tetapi apa yang aku cari dan inginkan dalam kehidupan aku.

Kehidupan, terlalu subjektif untuk diperkatakan. Ada yang mahukan segala kemewahan duit dan ada pula yang terlalu mengejar akhirat sehingga lupa yang dia masih hidup di dunia ini.

Ketika aku berfikir, aku merasakan yang keputusan aku untuk mendirikan sebuah masjid seawal usia 26 tahun, tidak menjadi kesalahan. Bahkan rasanya, itu amat digalakkan dalam agama bagi menghindari sebarang perbuatan yang menjurus ke arah maksiat yang terang2 ditegah Allah.

Aku mula memikirkan, usia kita di dunia ini sangat pendek. Apalah gunanya jika kehidupan kita hanya dihamparkan dengan sebuah jalan cerita yang dihujani oleh kisah-kisah penuh noda. Alangkah lebih mendamaikan jika kita dapat mencipta kehidupan yang diberkati. Bekerja, berkeluarga & beribadah bersama. Jannah yang dijanjikan-Nya teramat indah. Berjuta kali lebih indah dari apa yang kita lihat di dunia ini.

Aku merancang sebuah kehidupan di dunia ini. Dari belajar, bekerja, berkahwin, mempunyai keluarga, menjadi tua & menjadi jenazah. Aku berharap perancangan itu diberkati & dibantu Allah. Walaubagaimanapun, setiap kita mampu merancang tapi perancangan Allah jua yang hakiki.

Wallahualam.

Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

07 August 2012

Ustaz Don Daniyal - Anak Asset ke Syurga atau Neraka?

Pagi Ramadan ke 18, aku terjumpa video ini. Apakah anak kita aset untuk kita ke syurga atau aset kita ke neraka? Sama-sama kita renungkan.

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=NvbVfUNKEWA&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPad

Nikah Muda

Tiba-tiba rasa nak tulis pasal tajuk ini. Ada yang mengatakan bernikah pada usia muda banyak cabarannya. Tetapi apakah cabaran itu tak dapat ditempuhi?

Sebenarnya bernikah dalam usia muda ada positif dan negatifnya. Menurut Islam, bernikah diusia muda amat digalakkan bagi mengelakkan pasangan terjerumus dalam lembah maksiat. Tetapi, dari segi adat Melayu pula, kebanyakkan ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka bernikah diusia seawal 20 tahun. Kerana dikhuatiri pasangan itu tidak dapat mengawal emosi & akhirnya menghancurkan institusi rumah tangga itu sendiri; sesuatu yang halal tetapi amat dimurkai Allah swt.

Faktor usia sebenarnya tidak menjadi halangan. Jika si lelaki mahupun perempuan sudah mampu dari segi fizikal & mental, kenapa tidak dilanjutkan sahaja hubungan itu kepada pernikahan? Si lelaki lebih memainkan peranan, jika lelaki dapat berfikir secara matang, perkara yang dituntut dalam sunnah itu harus dipercepatkan.

Sebenarnya, pasangan yang bernikah muda mempunyai banyak kelebihan dalam menyusun kehidupan mereka pada masa akan datang. Mereka mempunyai banyak masa untuk merangka kehidupan. Bermula dengan bertatih kemudian berlari selaju yang mungkin.

Ramai tidak menyedari bahawa kebanyakkan antara kita akan berhenti bekerja pada usia 55 tahun. Jika bernikah pada usia 25 tahun, dan insyaAllah dengan rezeki dari Allah serta doa yang tidak putus, mungkin pasangan akan memiliki cahaya mata pada usia 26 atau 27 tahun. Jika si anak tadi meningkat usia 20 tahun, si bapa ketika itu sudah berusia 46 tahun & masih bekerja. Jadi tiada masalah kewangan untuk membenarkan anak tadi melanjutkan pelajaran mungkin ke peringkat ijazah. Ketika si anak menamatkan pelajaran di usia 25 tahun, si ayah sudah boleh berehat & meluangkan masa dgn si isteri ketika usia 55 tahun. Itu secara tidak langsung, akan mengukuhkan institusi keluarga itu sendiri.

Jadi mengapa perlu dipandang negatif jika sesuatu pasangan menyuarakan hasrat untuk bernikah diusia muda? Masalah kewangan? Ikutilah pesanan Rasullullah, permudahkan perkahwinan itu. Jika mampu 3 dulang, lakukan 3 dulang & jika mampu 3 hari 3 malam, lakukannya. Bersederhana amatlah dituntut kerana kehidupan selepas pernikahan itu lebih penting dari majlis resepsi sehari.

Wallahualam

P/s: Ganbar sekadar hiasan. Sumber: Google Image.

Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

PAS dan Agama Islam

Dewasa ini aku melihat banyak sekali orang2 melayu yg kononnya berhijrah dari kejahilan kepada kebenaran menjadikan PAS sebagai medium untuk menonjolkan penghijarahan mereka. Mereka melakukan demikian untuk menunjukkan bahawa kini mereka tela kembali ke landasan Islam. Golongan ini terdiri daripada orang bisas dan juga dikalangan selebriti.

Nama2 seperti Bob Lokman, 'Pak Jabit', Hairi Othman & Abby Abadi antara mereka yang popular dengan politik PAS ketika ini. Tak dinafikan, status mereka sebagai selebriti atau lebih tepat sebagai Bekas Selebriti banyak memainkan peranan sama ada peranan yg baik atau pun tidak. Segala perilaku mereka, dapat diperhatikan melalui tulisan2 di laman blog dan juga media sosial.

Aku sendiri berasa muak dengan cerita2 'penghijrahan' mereka. Mana tak muak, bila mereka mengatakan bahawa mereka sudah kembali ke landasan Islam tapi dalam masa yang sama mereka makin lantang menghina orang lain. Mengatakan kerajaan kini zalim; setelah mereka mengaut keuntungan hasil dari kerja seni mereka sebelum ini. Tak cukup dengan itu, mereka sewenang2nya menghukum & menghina orang lain atas tiket 'penghijrahan' mereka.

Sedarkan mereka, bahawa kedudukan seseorang itu, sama ada mulia atau tidak, terletak mutlak disisi Allah swt? Hanya Allah yang melihat seseorang itu layak atau tidak dipandang hina atau pun dipandang suci. Lupakan mereka, kisah seorang pelacur yang dapat memasuki syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan? Siapakah kita untuk menghina orang sesuka hati kita?

Manusia ini semuanya sama disisi Allah. Yang membezakan kita adalah tahap keimanan seseorang hamba kepada-Nya. Dan mereka juga harus ingat, Islam dan agama PAS itu berbeza sifatnya. Islam adalah agama syumul yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw kepada setiap ummat akhir zaman. Islam tidak mengajar kita mengkafirkan seorang Islam yang lain. Islam juga mengajar kita hidup rukun tanpa berpecah belah. Islam juga mengajar kita supaya jangan menghina orang lain. Islam juga mengajar kita bersabar. Tetapi itu semua berbeza dengan agama PAS yang mereka anuti.

PAS adalah sebuah parti politik yang merbahaya. Mengundi mereka, terus masuk syurga. Seorang ketua menteri cina diangkat kononnya menjadi khalifah. Membenarkan rumah Allah dimasuki oleh mereka yang dikhuatiri masih berhadas besar dan macam2 lagi yang boleh menyelewengkan akidah umat Islam. Segala tindak tanduk mereka mencerminkan seolah2 mereka maksum dan terlalu pandai agama sedangkan mereka adalah manusia biasa yang fitrahnya tidak sunyi dari melakukan dosa. Bagaimana seorang muslimah yang bertandak di pentas satu ketika dulu mampu memberikan ceramah agama hanya selepas 2 minggu bertudung? Sedangkan para ulama' menghabiskan masa muda mereka selama berbelas tahun menuntut ilmu agama, baru layak memberikan ceramah agama. Apa sijil yang mereka ini ada untuk memberikan ceramah agama? Atas sijil Ahli PAS, mereka sudah boleh mendabik dada kononnya mereka ini ahli agama yang mampu memberikan ceramah agama?

Maaf jika tulisan ini menyinggung mana2 pihak. Aku menghormati fahaman politik anda. Tetapi, perlu dibezakan antara misi politik dan agama Islam. Janganlah baru 2 minggu bertudung, anak ada masalah dengan dadah & kes moral sehingga tertangkap khalwat dijadikan alasan untuk menghina orang lain. Perlu diingat, mungkin orang yang dihina itu lebih mulia dari diri kita. Siapa kita untuk menghina orang lain. Kita semua sama disisi Allah, yang membezakan kita adalah tahap keimanan seseorang. Nik Aziz sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama yang hebat & aku sendiri secara peribadi menghormati ilmu agama yang dimilikinya, patut sedar akan fakta ini.

Sent from my iPad