13 November 2012

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita





Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:- 
  • Lelaki yang mampu mengalirkan air mata. 
  • Lelaki yang sedia menerima teguran. 
  • Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun. 
  • Lelaki yang tenang dan lapang dada. 
  • Lelaki yang baik sangka. 
  • Lelaki yang tak pernah putus asa. 
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. Tetapi dimana pula kegagahan seorang wanita? Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:- 
  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan. 
  • Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. 
  • Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan (kematian suami). 
  • Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. 
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. 

Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat” 

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” - Surah Al-Ahzab: ayat 71

10 November 2012

Perjalanan...

Setiap yang bermula pasti akan ada penghujungnya. A memulakan huruf dan diakhiri dengan Z. Adam memulakan senarai rasul dan diakhiri dengan Muhammad. Begitulah juga kita. Bermula dengan setitis air mani dan diakhiri dengan menjadi makanan kepada ulat.

Bayi memulakan hidup dengan tangisan dan akhir kita diakhiri dengan memberi tangisan. Agak pelik bunyinya tapi itulah yang aku fikirkan sekarang. Fikiran yang selalu bermain dengan kata-kata dan penuh dengan persoalan.

Rasanya baru semalam aku mengorak sebuah langkah. Langkah yang kurang yakin dan acapkali meninggalkan kesan di lutut kerna jatuh dan jatuh. Kemudian apabila langkah itu semakin pasti membuahkan keputusan yang tidak akan mengecewakan, aku mula mempercepatkan langkah itu.

Sedar saja, aku sudah melangkah ke alam persekolahan. Ku akui, aku bukan murid pilihan, seringkali menyendiri bersama dengan angan-angan yang aku sendiri kurang pasti. Melihat rakan-rakan berlari, aku rasa seringkali aku ditinggalkan ke belakang. Hatta aku mengorak langkah lagi sekali dan beroleh kejayaan. Akan tetapi jiwa muda yang menggelegak dengan rasa tidak puas hati menyebabkan aku hampir tersungkur.

Berada di menara gading membuatkan aku insaf. Tiada gunanya jika hanya mengikut jiwa muda yang masih mentah. Ku ukir semula kain hidupku dengan istilah ilmu, secarik noda hitam ku buang jauh ke dasar pasir laut. Biarkan ia karam bersama kekesalan yang tak mungkin dapat ku lenyapkan. Segalanya seakan baru.

Perjalanan hidup ku diteruskan. Alam-alam sebelum ini telah jauh kutinggalkan. Melangkah ke alam dewasa. Aku mengorak langkah di alam dewasa yang penuh cabaran. Penuh tipu nista. Penuh dengan daya hasutan. Sedar dalam leka, aku berjaya menempuhnya. Bukan sikit cabaran, nista dan hasutan, tapi berkat kecekalan, dapat jua ku harunginya.

Persepsi aku berbeda dengan orang lain, cinta itu karut. Akan tetapi tak dapat kunafikan, serasa gelap di kolong hatiku tanpa peneman. Peneman yang akan menemaniku tika sukar dan gembira. Tika ku mengintai kamar seorang gadis, tak pula kutahu samada hatinya sudah dihuni atau belum. Ku hampiri dan ku dekati, ku gumpalkan semua keberanian untuk mendapatkan kunci hatinya. Akhirnya pada masa penghulu segala bulan menjelma, ku titipkan puitis untuk hatinya. Alhamdulillah, hatinya jua bersama aku. Ku suntingnya dan insyaAllah, kekal dan sentiasa jadi suri hatiku sehingga ku temuinya semula di firdausi.

Perjalanan... Sesuatu yang misteri. Acapkali kita merasakan ia mustahil dan menakutkan, tapi tanpa kita sedari, tinta Allah itu menitipkan sebuah perjalanan yang indah untuk setiap hamba-Nya...

Wallahualam


Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

04 November 2012

Skyfall Yang Teruk!

3 November 2012, aku dgn tunang aku pergi la tengok cerita James Bond 007: Skyfall. Tempat tujuan dekat TGV Wangsa Walk. Kenapa aku pilih Wangsa Maju sedangkan di Bukit Raja pun ada TGV? Ia tak lain kerana TGV Wangsa Maju memang best dan kebetulan Cik Tunang teringin makan nasi kandar di NZ Curry House.

Booking ticket pukul 2pm. Kami sampai pukul 1pm. Lps solat zohor, terus tengok movie. Harapan berkobar-kobar nak tengok 007. Berbekalkan popcorn large set dan hotdog mini, dengan riang terus masuk cinema. Ramai orang, tapi aku dah booking tempat paling best, kat atas sekali!

20 minit pertama, hebat! Penuh aksi! Tapi lepas tu, makin lama makin bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Rasanya ini adalah cerita James Bond paling bosan aku pernah tengok! Tiada gadget menarik, kereta menarik, aksi menarik, plot cerita menarik dan klimaks yang menarik! Ramai orang dah mula keluar cinema lepas 1 jam cerita main. Damn! Teruk sangat! Aku sempat tidur dalam 15 minit, bosan punya pasal.

Ia bukan sebab Daniel Craig ni tak bagus tapi jalan cerita yang macam haram! Tak ada apa yang menarik perhatian orang dalam cinema kecuali kereta lama James Bond, Aston Martin! Rasanya cerita James Bond ni hanya gah pada nama tapi hakikatnya mereka dah kering idea!

Jadi pada sesiapa yang nak tengak tu, silakan. Buat penilaian sendiri tapi pada aku, Taken 2 lagi menarik dari Skyfall! Nasib baik Cik Tunang ada. Kalau aku seorang masuk tengak, 1 jam kemudian, confirm aku keluar balik.

Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

03 November 2012

This Love

Love you so much my sindarella... :)

Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900