31 January 2013

Pre-Wedding


Salam…

Semalam 30 Januari 2013 aku dengan Cik Tunang ke office En Rauf, mamat yang buat design kad kahwin kami. Banyak kali juga kami ke office dia ni, maklumlah design kad kahwin kami ni istimewa dan dia tak pernah buat. Macam mana design kad kahwin kami? Tunggu next-next post.

Mula asalnya kami buat keputusan tak nak letak gambar. Malas nak tunjuk muka. Tapi bila dah buat design awal, rasa lebih baik letak gambar kami. Cik Tunang pun setuju. Kahwin sekali, jadi ingat nak buat special sikit kat design kad kahwin. 

Mula-mula Cik Tunang nak letak gambar kitorang masa bertunang. Aku pun dah email kat En Rauf ni. Malangnya, size gambar tu kecil sangat, bila dibesarkan, jadi pecah gambar tu. En Rauf pulak cakap, dia boleh ambik gambar free of charge. Aku dengan tunang pun tak fikir panjang, terus setuju. Jadi gambar kat atas tu salah satu hasilnya.

Banyak kali gak ambik sebab aku dengan Cik Tunang ni tak suka sangat bergambar, jadi bila bertentang mata masing-masing tergelak. Nak buat macam mana, dah nak gelak, gelak je la. En Rauf ambik 82 gambar akhirnya. Hahaha. Semoga semua berjalan dengan lancar, amin…

Sent using my MacBook Pro

30 January 2013

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


P/s: salah satu lagu kegemaran aku. Mendalam maksud lirik dia.



Sent from my iPad

29 January 2013

Suami & Isteri.


Buka internet dan FB, aku terjumpa satu artikel/puisi yang aku rasa okey untuk di 'post' kat blog aku ni. :)

--------------------------------------------------------------

Warkah Buat Suami

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya, Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

************************

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

08 January 2013

Bornday / Birthday

08/01/13 aku dah masuk 26 tahun. Tahun terakhir sambut sebagai bujang, tahun pertama sambut sebagai tunang orang & tahun pertama sambut sebagai bakal suami orang.

Tahun ni memang special sikit sambutan birthday aku sebab cik tunang tersayang buat surprise untuk aku. Paling tak dijangka, semua hasil tangan 100% cik tunang tersayang.

Dan aku sampai merajuk & fikir bukan-bukan bila cik tunang rampas telefon dia bila aku nak tgk gambar. Rupanya, cik tunang merahsiakan kek Chelsea yang dia tempah khas untuk aku; sebab aku die hard fan Chelsea.

Tersentuh juga bila baca ayat dalam kad tu; ada kad cinta & frame gambar kami ok disamping kek Chelsea. Bila dengar cerita tungkus lumus cik tunang, memang sangat-sangat tak dijangka.

Terima kasih sayang, Mazura Haini aka Cik Tunang. I love you so much...! :)


Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900