20 February 2013

Jaga Pemakanan. Mencegah Lebih Baik Dari Merawat.


Pada 15/02/2013 sekali lagi aku masuk ke wad. Kali ini bukan di Sime Darby Medical Center Subang Jaya sebab hospital itu adalah hospital swasta yang mahal dan paling teruk perkhidmatannya di Klang Valley. Kali ni aku mmasuk Sunway Medical Center, dan ini pertama kali aku masuk ke sini. Pada aku, hospital ini sangat bagus dari segi perkhidmatan, nurse dan doctor.

Aku masuk kali ini sebab Urine Infection. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pergi tandas sampai berapa kali dan bila buang air kecil, darah yang keluar. Ia sangat sakit! Bahagian ari-ari dan perut rasa macam diperah. Lepas 3 kali pergi klinik, doctor refer aku ke Sunway Medical Center. ‘Berehatlah’ aku kat sana selama 3 hari.

Masuk-masuk sahaja, doctor terus ambil sampel urine, darah dan buat CT Scan. Hasilnya, tiada batu karang tetapi doctor risau dengan jangkitan kuman dan paras gula dalam darah aku yang tiba-tiba turun naik. Doctor mula-mula dah suspek aku ada diabetes. Aku memang risau la, muda lagi kot. Lepas tu bulan lepas aku masuk wad, buat medical check-up, semua okey! Lagi makin aku rasa tak best bila Cik Tunang tiba-tiba menangis, dengan aku sekali menangis. Mau tak sedih, dah la nak kahwin bulan depan, macam-macam dugaan pulak datang.

Berbalik kepada kesihatan aku, urology sudah refer aku ke specialist untuk diabetes. Specialist tu pulak refer aku ke dietician. Banyak jugak dietician ni ajar aku. Mula-mula dietician ni tny rutin makan aku hari-hari, kerja macam mana dan apa rutin aku bila tak kerja. Cerita punya cerita, rutin aku memang tak ada masalah. Semua okey. Tapi aku kena makan 3 kali sehari, banyak makan sayur dan kena exercise. Mari aku share sikit apa yang dietician kata sebagai ‘tabiat makan yang sihat’.

Sarapan pagi, cukup jika kita sekadar makan 2 keping roti putih. Jangan makan roti dengan milo sebab ia akan bersamaan dengan 2 pinggan nasi. Jka kita minum milo, ia sudah memadai untuk menampung tenaga kita sehingga makan tengah hari. Macam mana dengan rutin masyarakat kita, sarapan harus ada nasi lemak atau roti canai? Itu pun tak ada masalah asalkan portion itu tak terlalu banyak. Tapi cuba elakkan makan dengan minum minuman yang ada susu, sebab ia akan jadi sama seperti 2 atau 3 pinggan nasi.

Makan tengah hari pulak kena ambil, jangan tak makan. Jika kita orang Malaysia ni, nasi sebagai makanan ruji kita. Jadi tidak ada masalah untuk makan nasi dengan lauk kesukaan kita tetapi sebaik-baiknya elakkan makanan yang berminyak dan juga makanan yang berlemak. Nasi pulak, cukup sekadar secawan kecil bersama ikan, ayam atau daging dan juga sedikit sayur.

Bagi yang suka berdiet, terutama perempuan, mereka memang elak makan malam. Tapi sebenarnya itu adalah diet yang sangat tidak sihat. Sama seperti makan tengah hari, makan malam juga kita kena ambil. Sebaiknya sebelum pukul 7pm atau pun 2 jam sebelum kita baring untuk berehat atau tidur. Jika kita suka ‘supper’, pastikan 2 jam sebelum kita tidur kerana makan itu dapat dihadam dengan pergerakkan. Kalau tidak, ia akan tepu dalam badan kita.

Dalaman badan kita ni ibarat sebuah enjin yang besar. Kita perlu pastikan pergerakkannya lancar. Jangan tak makan 3 kali sehari (kecuali bulan puasa), makan sayur (Cik Tunang memang selalu marah aku pasal sayur ni) dan juga banyakkan bersenam (Cik Tunang, nanti kita beli treadmill letak kat rumah ye).

Masa aku nak discharged, akhirnya final diagnosis adalah urine infection dan bukan diabetes. Specialist kata, mungkin disebabkan urine infection, paras gula dalam badan aku turun naik tak menentu. Sebenanrnya kalau kita demam pun, paras gula kita akan naik mendadak. Tapi aku dah ambil langkah berjaga-jaga dengan beli mesin uji paras gula dalam darah. Boleh sama-sama guna dengan Cik Tunang aka Bakal Isteri sebab kedua-dua keluarga ada sejarah sakit diabetes. Mencegah lebih baik dari merawat.

Sent using my MacBook Pro

12 February 2013

Persiapan Bilik Pengantin

10/02/13 aku mula menggelabah. Tinggal beberapa hari lagi menuju tarikh pernikahan aku. Persiapan kenduri & hantaran semua sudah selesai cuma beberapa perkara kecil yang aku perlu siapkan. Antaranya persiapan bilik pengantin.

Pada mulanya aku nak cat bilik ni warna pink atau merah sebab tema kat rumah aku warna merah, tapi bila fikir balik nampak macam tak kena pulak. So, aku decide untuk cat warna biru sebab aku suka biru. Tapi Cik Tunang pula minat warna ungu, so aku decide untuk ikut kesukaan Cik Tunang, biar dia happy bila masuk rumah aku nanti.

Dah lama aku tak mengecat bilik sebenarnya. Kali terakhir 7 tahun lepas kalau aku tak salah. Penatnya tak payah nak cerita, walaupun bilik ni tak berapa besar, tapi bilik ini tinggi. Terpaksalah aku memanjat untuk cat bahagian sudut-sudut yang tak sampai.


Mula pukul 10am sampai pukul 7pm aku berjaya siapkan semua. Hasilnya, memang memuaskan hati. Bayangkan, sampai tak makan seharian untuk siapkan bilik ni. Cuma part yang tak best tu, parents aku dengan senang hati bagi katil aku kat jiran sebelah tanpa izin. Terbaik dari ladang la kan. Sekarang aku tidur beralaskan tilam atas lantai. Aduyai.




Jadi Cik Tunang, semoga happy melangkah masuk bilik kita ni bulan 4 ye. I Love You so much sayang.. :)

Sent using my iPad





08 February 2013

Insyaallah… For The Rest of My Life...


Assalamualaikum…

My Darling, Mazura aka Sindarella

Abg tak pandu BMW, Mercedes ataupun RX7 untuk bawa sayang abang ke mana sahaja. Abg cuma ada skuter cabuk yang cukup untuk bawa abang ke tempat kerja.

Abg tak memiliki rumah banglo 3 tingkat yang dalamnya dipenuhi dengan perabot dan alatan mewah. Tetapi abg ada rumah yang didalamnya cuma cukup sekadar melindungi kita dari hujan, panas dan bahaya.

Abg tak mampu menyediakan segala kemewahan dunia untuk syg abg. Jauh sekali untuk meliputi tubuh badan syg dengan intan permata seperti wanita lain.

Tapi Insyaalah, abg bersedia memandu syg dalam solat, menjadi imam syg selagi mana abg diberikan secebis peluang dari-Nya untuk bernafas.

Insyaalah, abg mampu menyediakan sebuah rumah yang dipenuhi dengan kasih sayang dan cinta yang tulus ikhlas. Ia tidak akan berbelah bahagi selagi roh abg menghuni tubuh abg.

Insyaallah, abg akan hiasi tubuh syg dengan pakaian yg cantik dan aksesori yang indah. Selagi mana ia dapat mencantikan syg, walaupun harganya tidak semahal intan permata asalkan ia indah bak sutera.

Badan abg mungkin tidak 'tough' seperti Aaron Aziz tapi Insyaallah cinta abg 'tough' seperti Adam mencintai Hawa, cinta pertama dan suci didunia ini.

Abg akan lindungi sayang seperti mana '1 layer fat' yang melindungi '6 packs' abg. Melindungi syg dari bahaya, dari kesedihan dan sendirian walaupun kadang kala abg merimaskan syg.

I Love You, Mazura binti Haini. Let me finish my word with Aku Terima Nikah, Mazura binti Haini…

Insyaalah, ini janji abg dan abg akan tunaikan janji abg selagi jantung ini tak berhenti berdenyut.

Yang Sangat Mencintaimu,
Amerudin aka AdamMacBerry aka Adam Amirul...

Sent using my MacBook Pro

04 February 2013

PSY & Maksud Lirik Gangnam Style

Sehari dua ni Malaysia agak kecoh pasal PSY yang popular dengan lagu Gangnam Style. Kononnya kerajaan menggalakkan budaya tidak sihat dengan tarian & lagu yang popular di seluruh dunia.

Dan seperti lumrah orang Melayu Islam di Malaysia yang suka dimomokkan & percaya dengan cerita2 karut, terdengarlah aku bila ada orang kita kata "Lirik Gangnam Style itu menghina Rasullullah". Dikatakan tarian Gangnam Style tu menyindir Baginda apabila lirik lagu tersebut kononnya menggambarkan Buruoq lebih laju dari Kuda; Buruoq adalah haiwan tunggangan Baginda ketika satu peristiwa besar umat Islam.

Pada aku, sesiapa yang menghebahkan terjemahan karut lirik Gangnam Style memalukan umat Islam. Begitu mudah kita diperbodohkan tanpa usul periksa. Aku bukan peminat Gangnam Style, bahkan aku langsung tak minat nak tengok VC dia. Tp aku rasa orang Melayu Malaysia sangatlah mudah ditipu. Berubahlah wahai bangsaku. Lirik lagu terjemahan Gangnam Style tu anda boleh Google.

Apa yang aku tahu (aku bukan pelajar bahasa Korea tapi aku mengkaji) maksud Oppo itu lebih kurang panggilan kita kepada kawan-kawan iaitu Bro atau Brader. Gangnam itu pula bermaksud satu tempat di Korea Selatan. Tempat ini sangat popular. Lebih kurang macam Bukit Bintang di Malaysia. Sebab itu dikatakan Oppo Gangnam Style! Kita boleh ubah macam Abon ubah, Oppo Jawa Style yang bermaksud, Bro Jawa Style!

Apa pun, pada aku sebelum kita suka-suka sebarkan berita-berita mengarut seperti ini, lebih baik kita mengkaji supaya tidak dikatakan umat Islam Malaysia ini senang diperbodohkan.

"Semak dulu sebelum sebar"

Wallahuam...

Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

03 February 2013

Re-designed, Re-engineered and Re-invented, That's BlackBerry 10...!


The new BlackBerry 10...

Aku merupakan seorang pengguna tegar BlackBerry. Bermula dengan BlackBerry Curve 8320, aku berubah selera ke BlackBerry Bold 9780. Memang gempak Bold 9780, aku beli selepas 2 minggu masuk Malaysia. Masa tu aku kerja kat Danajamin. CEO aku pun pakai Bold 9700 je kot masa tu. Lepak kat lobi office memang rasa riak tu ada la, bila aku tak boleh langsung berenggang dengan BlackBerry aku. Tapi jodoh tak panjang dengan Bold 9780, aku wasiatkan kat member rapat aku, Mr Fazli Mika.

Lepas Bold 9780, aku berubah selera ke Torch 9810. Macam biasa, aku beli Torch 9810 4 minggu lepas dia masuk Malaysia. Antara pengguna terawal Torch 9810. Masa ni aku kerja kat Alliance Bank (sekarang aku masih kat sini, tak tau bila boleh berhenti). Gempak, cantik, tertarik sampai aku rasa menyirap pakai Torch 9810 ni. Susah gila bila asyik kena slide. Akhirnya aku jual kat seorang member baik aku, Mr Francis, 4 bulan lepas aku beli.

Selera aku masih dengan Bold Family rupanya. Akhirnya aku buat keputusan beli Bold 9900. Ni merupakan BlackBerry aku buat masa ni, tapi unit yang ketiga aku beli. Ya, aku beli 3 biji Bold 9900. Bold 9900 pertama aku beli, untuk aku pakai. Bold 9900 kedua aku beli, hadiah kepada Cik Tunang aku, hadiah 2 in 1 (Harijadi dan Bertunang). Dan Bold 9900 ketiga aku beli untuk diri aku sendiri tapi warna putih! Aku jual Bold 9900 pertama sebab back button dia tak berfungsi sangat (aku memang agak cerewet pasal gadget, aku nak semua perfect!)


31 Januari 2013, bermula era baru BlackBerry. Research In Motion (kini dikenali sebagai BlackBerry) telah melancarkan produk baru yang lebih berdaya saing di antara pengeluar-pengeluar popular telefon pintar dikenali sebagai BlackBerry 10! BlackBerry 10 adalah OS terbaru BlackBerry dilengkapi QNX (platform OS paling stabil di dunia)!

Di datangkan dengan dua model, BlackBerry Z10 (full touch screen) dan BlackBerry Q10 (with classic BlackBerry QWERTY keyboard). Buat masa ni, hanya BlackBerry Z10 yang berada di pasaran manakala Q10 akan menyusul kemudian. BlackBerry Z10 terdapat 2 pilihan, warna hitam dan putih. Dengan touch screen 4.2 inch, BlackBerry Z10 ini cukup menawan hati aku. Terdapat banyak features menarik untuk BlackBerry 10 ini. Juga banyak developer untuk application popular yang mula menyokong OS baru BlackBerry ini antaranya CNN, Whatsapp, WSJ, LinkedIN, Facebook dan Twitter serta banyak lagi games menarik.

Terus terang aku katakan, BlackBerry 10 merupakan satu tanda aras penentuan jatuh bangun BlackBerry setelah hampir menerima nasib yang sama seperti Nokia. Akan tetapi, segala ciri-ciri yang terdapat di dalam BlackBerry 10 boleh dikatakan dapat menandingi kekuatan Android dan Apple. Satu ciri yang tidak terdapat dalam 2 OS popular itu berbanding dengan BlackBerry adalah security yang terdapat dalam semua model BlackBerry.

Aku dengar BlackBerry 10 akan masuk Malaysia 20 Februari 2013. Disebabkan 30 March 2013 aku akan melangkah ke alam rumah tangga, aku rasa BlackBerry Z10 ini ada berada dalam genggaman tangan aku dan My Future Wife dalam bulan 5. Sabar, separuh dari iman. Pesanan kepada My Future Wife, "Syg boleh proceed dengan Note 10.1 untuk abg sebab BlackBerry Z10 ni, abg yang akan beli untuk kita berdua ye syg..."

Re-designed, Re-engineered and Re-invented, That's BlackBerry 10...!

Sent using my MacBook Pro