Pada 15/02/2013 sekali lagi aku masuk ke wad. Kali ini bukan di Sime Darby Medical Center Subang Jaya sebab hospital itu adalah hospital swasta yang mahal dan paling teruk perkhidmatannya di Klang Valley. Kali ni aku mmasuk Sunway Medical Center, dan ini pertama kali aku masuk ke sini. Pada aku, hospital ini sangat bagus dari segi perkhidmatan, nurse dan doctor.
Aku masuk kali ini sebab Urine Infection. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pergi tandas sampai berapa kali dan bila buang air kecil, darah yang keluar. Ia sangat sakit! Bahagian ari-ari dan perut rasa macam diperah. Lepas 3 kali pergi klinik, doctor refer aku ke Sunway Medical Center. ‘Berehatlah’ aku kat sana selama 3 hari.
Masuk-masuk sahaja, doctor terus ambil sampel urine, darah dan buat CT Scan. Hasilnya, tiada batu karang tetapi doctor risau dengan jangkitan kuman dan paras gula dalam darah aku yang tiba-tiba turun naik. Doctor mula-mula dah suspek aku ada diabetes. Aku memang risau la, muda lagi kot. Lepas tu bulan lepas aku masuk wad, buat medical check-up, semua okey! Lagi makin aku rasa tak best bila Cik Tunang tiba-tiba menangis, dengan aku sekali menangis. Mau tak sedih, dah la nak kahwin bulan depan, macam-macam dugaan pulak datang.
Berbalik kepada kesihatan aku, urology sudah refer aku ke specialist untuk diabetes. Specialist tu pulak refer aku ke dietician. Banyak jugak dietician ni ajar aku. Mula-mula dietician ni tny rutin makan aku hari-hari, kerja macam mana dan apa rutin aku bila tak kerja. Cerita punya cerita, rutin aku memang tak ada masalah. Semua okey. Tapi aku kena makan 3 kali sehari, banyak makan sayur dan kena exercise. Mari aku share sikit apa yang dietician kata sebagai ‘tabiat makan yang sihat’.
Sarapan pagi, cukup jika kita sekadar makan 2 keping roti putih. Jangan makan roti dengan milo sebab ia akan bersamaan dengan 2 pinggan nasi. Jka kita minum milo, ia sudah memadai untuk menampung tenaga kita sehingga makan tengah hari. Macam mana dengan rutin masyarakat kita, sarapan harus ada nasi lemak atau roti canai? Itu pun tak ada masalah asalkan portion itu tak terlalu banyak. Tapi cuba elakkan makan dengan minum minuman yang ada susu, sebab ia akan jadi sama seperti 2 atau 3 pinggan nasi.
Makan tengah hari pulak kena ambil, jangan tak makan. Jika kita orang Malaysia ni, nasi sebagai makanan ruji kita. Jadi tidak ada masalah untuk makan nasi dengan lauk kesukaan kita tetapi sebaik-baiknya elakkan makanan yang berminyak dan juga makanan yang berlemak. Nasi pulak, cukup sekadar secawan kecil bersama ikan, ayam atau daging dan juga sedikit sayur.
Bagi yang suka berdiet, terutama perempuan, mereka memang elak makan malam. Tapi sebenarnya itu adalah diet yang sangat tidak sihat. Sama seperti makan tengah hari, makan malam juga kita kena ambil. Sebaiknya sebelum pukul 7pm atau pun 2 jam sebelum kita baring untuk berehat atau tidur. Jika kita suka ‘supper’, pastikan 2 jam sebelum kita tidur kerana makan itu dapat dihadam dengan pergerakkan. Kalau tidak, ia akan tepu dalam badan kita.
Dalaman badan kita ni ibarat sebuah enjin yang besar. Kita perlu pastikan pergerakkannya lancar. Jangan tak makan 3 kali sehari (kecuali bulan puasa), makan sayur (Cik Tunang memang selalu marah aku pasal sayur ni) dan juga banyakkan bersenam (Cik Tunang, nanti kita beli treadmill letak kat rumah ye).
Masa aku nak discharged, akhirnya final diagnosis adalah urine infection dan bukan diabetes. Specialist kata, mungkin disebabkan urine infection, paras gula dalam badan aku turun naik tak menentu. Sebenanrnya kalau kita demam pun, paras gula kita akan naik mendadak. Tapi aku dah ambil langkah berjaga-jaga dengan beli mesin uji paras gula dalam darah. Boleh sama-sama guna dengan Cik Tunang aka Bakal Isteri sebab kedua-dua keluarga ada sejarah sakit diabetes. Mencegah lebih baik dari merawat.
Sent using my MacBook Pro