18 December 2011

Pelajar Malaysia Gay!



Heboh sehari dua ni pasal seorang pelajar Malaysia yang bernama Arif Alfian Rosli berkahwin. Perkahwinan memang sunnah Rasulullah dan dituntut oleh setiap agama di dunia. Akan tetapi perkahwinan Alfian ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan norma masyarakat. perkahwinan antara lelaki dengan lelaki.

Gay! Itulah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang lelaki yang menyukai lelaki lain. Lesbian pula merujuk kepada seseorang perempuan yang menyukai perempuan. Percintaan kaum sejenis ini dah bermula sejak zaman Nabi Luth lagi. Perbuatan ini sangat ditegah di dalam Islam. Allah berfirman dalan surah Al-Araf yang bermaksud:-

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri .” (QS. Al A'raaf, 7: 80-82)"



Ayat diatas sudah jelas menunjukkan kepada kita bahawa perbuatan itu sangatlah dilarang Allah. Akan tetapi dewasa ini masih banyak antara kita yang mengulangi perbuatan terkeji ini. Malaysia juga tidak terkecuali apabila satu perhimpunan yang hampir diadakan di Malaysia yang digelar Seksualiti Merdeka. Kumpulan ini menyokong penuh gerakan Lesbian Gay Homoseksual dan Transeksual (LGBT). Malang sekali apabila ada diantara penyokong itu adalah dari kalangan orang Melayu Islam antaranya ialah anak mantan Perdana Menteri, Marina Mahathir.

Masyarakat memainkan peranan penting untuk membenteras gejala yang semakin berleluasa ini. Bimbingan agama sewajarnya dijadikan asas untuk kita membantu golongan2 LGBT ini kembali ke pangkal jalan. Mahukah kita mendapat balasan dari Allah sepertimana yang telah dia turunkan ke atas kaum Nabi Luth? Guna sikit akal yang waras untuk berfikir.