30 April 2012

Perhimpunan Aman?

28/04/2012 sekali lagi keamanan Malaysia diuji dgn minoriti rakyat yang menggelarkan perhimpunan mereka sebagai Bersih 3.0. Mereka merancang untuk duduk dan bantah berkenaan proses pilihanraya di Malaysia yang dikatakan tidak bersih dan adil.

Diketuai oleh Datuk Ambiga dan sasterawan A. Samad Said, mereka merancang untuk menghimpunkan 500k rakyat di Dataran Merdeka. Tujuan asal, duduk dan bantah.

Kerajaan melalui KDN telah menawarkan Stadium Merdeka untuk mereka berhimpun; lokasi asal yang mereka inginkan ketika Bersih 2.0 tempoh hari. Akan tetapi, mereka berkeras mahukan Dataran Merdeka sebagai lokasi berhimpun. Mungkin tujuan mereka ingin menjadikan lokasi tersebut sebagai Dataran Tahrir di Mesir.

Pihak berkuasa, berdasarkan pengalaman lalu sedar kemungkinan berlakunya huru-hara dan keadaan tidak dapat dikawal lagi. Oleh itu, dengan perintah mahkamah, Dataran Merdeka ditutup untuk orang ramai. Tetapi peserta Bersih telah berkampung di situ seawal pukul 1am, 28/04/2012.

Seperti dijangka, keadaan itu tak dapat dikawal. Ditambah dengan provokasi melampau peserta, berlakulah rusuhan. PDRM terpaksa mengambil tindakan apabila benteng yg didirikan diroboh peserta.

Pada pendapat aku, tidak salah untuk menambahbaik sistem pilihanraya. Tapi perlukah kira berhimpun dan melakukan kekecohan sehingga mendatangkan kecederaan? Sejarah membuktikan, ketika kita mahu menuntut kemerdekaan sekalipun, kita melalui proses rundingan. Tidak memerlukan pertumpahan darah. Jadi untuk menambahbaik sistem pilihanraya, perlukah kita menumpahkan darah sedangkan kita boleh berunding?

Tidak ada satu pun masalah boleh diatasi dengan keganasan. Rundingan merupakan jalan terbaik untuk mencapai sesuatu objektif yang dihajati. Tapi aku tertanya-tanya, apakah pilihanraya kita tidak bersih sehingga pihak pembangkang berjaya menang di 5 negeri dan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di parlimen ketika PRU12? Apakah tidak bersih lagi jika kebanyakkan pemimpin mereka menang di kerusi DUN dan Parlimen serentak? Tepuk dada tanya selera... :)


Sent via DiGi from my BlackBerry® Torch 9810