Sebenarnya bernikah dalam usia muda ada positif dan negatifnya. Menurut Islam, bernikah diusia muda amat digalakkan bagi mengelakkan pasangan terjerumus dalam lembah maksiat. Tetapi, dari segi adat Melayu pula, kebanyakkan ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka bernikah diusia seawal 20 tahun. Kerana dikhuatiri pasangan itu tidak dapat mengawal emosi & akhirnya menghancurkan institusi rumah tangga itu sendiri; sesuatu yang halal tetapi amat dimurkai Allah swt.
Faktor usia sebenarnya tidak menjadi halangan. Jika si lelaki mahupun perempuan sudah mampu dari segi fizikal & mental, kenapa tidak dilanjutkan sahaja hubungan itu kepada pernikahan? Si lelaki lebih memainkan peranan, jika lelaki dapat berfikir secara matang, perkara yang dituntut dalam sunnah itu harus dipercepatkan.
Sebenarnya, pasangan yang bernikah muda mempunyai banyak kelebihan dalam menyusun kehidupan mereka pada masa akan datang. Mereka mempunyai banyak masa untuk merangka kehidupan. Bermula dengan bertatih kemudian berlari selaju yang mungkin.
Ramai tidak menyedari bahawa kebanyakkan antara kita akan berhenti bekerja pada usia 55 tahun. Jika bernikah pada usia 25 tahun, dan insyaAllah dengan rezeki dari Allah serta doa yang tidak putus, mungkin pasangan akan memiliki cahaya mata pada usia 26 atau 27 tahun. Jika si anak tadi meningkat usia 20 tahun, si bapa ketika itu sudah berusia 46 tahun & masih bekerja. Jadi tiada masalah kewangan untuk membenarkan anak tadi melanjutkan pelajaran mungkin ke peringkat ijazah. Ketika si anak menamatkan pelajaran di usia 25 tahun, si ayah sudah boleh berehat & meluangkan masa dgn si isteri ketika usia 55 tahun. Itu secara tidak langsung, akan mengukuhkan institusi keluarga itu sendiri.
Jadi mengapa perlu dipandang negatif jika sesuatu pasangan menyuarakan hasrat untuk bernikah diusia muda? Masalah kewangan? Ikutilah pesanan Rasullullah, permudahkan perkahwinan itu. Jika mampu 3 dulang, lakukan 3 dulang & jika mampu 3 hari 3 malam, lakukannya. Bersederhana amatlah dituntut kerana kehidupan selepas pernikahan itu lebih penting dari majlis resepsi sehari.
Wallahualam
P/s: Ganbar sekadar hiasan. Sumber: Google Image.
Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900