04 February 2013

PSY & Maksud Lirik Gangnam Style

Sehari dua ni Malaysia agak kecoh pasal PSY yang popular dengan lagu Gangnam Style. Kononnya kerajaan menggalakkan budaya tidak sihat dengan tarian & lagu yang popular di seluruh dunia.

Dan seperti lumrah orang Melayu Islam di Malaysia yang suka dimomokkan & percaya dengan cerita2 karut, terdengarlah aku bila ada orang kita kata "Lirik Gangnam Style itu menghina Rasullullah". Dikatakan tarian Gangnam Style tu menyindir Baginda apabila lirik lagu tersebut kononnya menggambarkan Buruoq lebih laju dari Kuda; Buruoq adalah haiwan tunggangan Baginda ketika satu peristiwa besar umat Islam.

Pada aku, sesiapa yang menghebahkan terjemahan karut lirik Gangnam Style memalukan umat Islam. Begitu mudah kita diperbodohkan tanpa usul periksa. Aku bukan peminat Gangnam Style, bahkan aku langsung tak minat nak tengok VC dia. Tp aku rasa orang Melayu Malaysia sangatlah mudah ditipu. Berubahlah wahai bangsaku. Lirik lagu terjemahan Gangnam Style tu anda boleh Google.

Apa yang aku tahu (aku bukan pelajar bahasa Korea tapi aku mengkaji) maksud Oppo itu lebih kurang panggilan kita kepada kawan-kawan iaitu Bro atau Brader. Gangnam itu pula bermaksud satu tempat di Korea Selatan. Tempat ini sangat popular. Lebih kurang macam Bukit Bintang di Malaysia. Sebab itu dikatakan Oppo Gangnam Style! Kita boleh ubah macam Abon ubah, Oppo Jawa Style yang bermaksud, Bro Jawa Style!

Apa pun, pada aku sebelum kita suka-suka sebarkan berita-berita mengarut seperti ini, lebih baik kita mengkaji supaya tidak dikatakan umat Islam Malaysia ini senang diperbodohkan.

"Semak dulu sebelum sebar"

Wallahuam...

Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900