07 August 2011

Permulaan Pertaman

Assalamualaikum...

Ini merupakan weblog personal aku yang pertama. Aku juga merupakan seorang blogger bersama untuk blog www.partikianruntuh.blogspot.com atas nama Adam Amer. Untuk makluman, segala tulisan di dalam blog ini adalah pendapat peribadi aku. Ia berdasarkan pemerhatian aku sebagai seorang rakyat marhaen yang mahukan Malaysia terus harmoni dan aman damai. Jika kita bersatu atas semangat 1Malaysia, tidak mustahil kita akan menjadi sebuah negara yang kuat dan disegani serta dipandang tinggi di dunia. Tidak dinafikan, dalam setandan pisang akan terdapat beberapa pisang yang busuk. Sama juga seperti di Malaysia. Terdapat beberapa puak yang dikategorikan sebagai pisang yang busuk. Demi kepentingan politik sempit dan cita-cita untuk menakluki Putrajaya, mereka akan membuat apa sahaja yang dirasakan perlu bagi mencapai matlamat mereka. Tugas kita sebagai rakyat, menilai dengan waras yang mana satu permata dan mana satu kaca. Ingatlah bahawa tidak ada manusia yang dilahirkan maksum. Kerajaan juga ada melakukan satu dua keputusan yang salah tetapi kita perlu menegur dengan cara yang berhemah. Apa yang pembangkang di Malaysia amalkan adalah sentiasa menentang kerajaan sekalipun keputuan yang diambil itu adalah keputusan yang sukar demi kebaikan rakyat. Jika dapat dilihat, tidak pernah seorang pun pemimpin pembangkang yang mengaku kesilapan mereka. Mereka seolah-olah terlalu maksum. Jadi, terpulanglah kepada rakyat termasuk aku untuk menilai mana yang benar dan mana yang salah.

Wassalam...