26 November 2013

Minggu Ke 34

Lama rasanya tak menulis dalam blog ini. Dah bersawang penuh. Kisahnya, kehidupan selepas berkahwin ini sangat sibuk. Pn Isteri sedang sarat dan minggu ini adalah minggu ke 34 kandungan. Anak aku ini adalah anak lelaki. Seriously sgt excited. 

Harap Pn Isteri selamat berjuang. Tak sabar nak dapat gelaran Papa. 


Best Regards,
Amerudin Abdul Raman (Amer)
016 - 219 2582

Sent from Samsung Galaxy Note 3

09 March 2013

i-City Shah Alam. Tempat Pembaziran!

8 Mac 2013, aku dengan Cik T pun berjumpa. Dekat2 tarikh keramat ni, memang jarang dapat berjumpa. Cik T sibuk dengan macam-macam persiapan. Aku pula kerja malam. Jadi, lepas waktu kerja dan kebetulan aku kerja pagi, kami pun ber'dating'. Mula-mula ingat nak pergi makan je, lepas tu aku teringat seorang member aku cakap pasal i-City. Walaupun tak sampai 10km dari rumah aku, memang aku tak pernah jejak kaki ke sini. So, aku pun pergi ke sana. Aku pakai t-shirt dan Cik T pakai baju kurung. Ala, tak jadi masalah.

Sampai sana pun dah waktu maghrib, so kami pun mencari surau. Agak selesa kemudahan yang disediakan. Surau agak selesa. Jarang tempat yang dikuasai bangsa asing ni menyediakan kemudahan yang agak selesa sebenar. Walaupun ini negara Islam, kepekaan terhadap isi ini agak kurang. Ada yang menyediakan surau yang hanya dapat memuatkan 2 jemaah saja. Lokasinya pula sebelah tandas, basement atau tempat yang paling panas.

Lepas solat maghrib, Cik T tersedar pula BlackBerry tertinggal dalam kereta. Agak jauh jugak, tapi sebab takut kereta kena pecah, aku dengan Cik T pun berlari ke kereta. Alhamdulillah selamat. Lepas selesaikan kes BlackBerry, aku dengan Cik T pun jalan-jalan. Tempat pertama kami main ialah 6D cinema. Menarik tapi tak seganas 4D Roller Coaster kat The Gardens Mall. Tiket murah gak, RM12 seorang untuk 7 minit. Tempat kedua dan terakhir adalah, Eye On Malaysia. Menarik! Nampak satu Shah Alam. Tapi Cik T kesayangan agak takut dengan tempat tinggi. (Aku pun bukan berani sangat tapi kena jaga ke'macho'an. Hahaha)

Lepas main, kami makan kat kedai mamak. Kedai ni memang out! Lepas makan terus rasa pening-pening. Aku pulak balik rumah siap muntah-muntah. Cik T lagi kesian, pening-pening dan hampir nak pitam. Tapi disebabkan mood dating, kami pun jalan-jalan juga kat situ. Tengok nak masuk SnowWalk punya la mahal! RM35 seorang! Rentikan ler yoep! Aku pun decide untuk balik. Nak balik, parking RM10!

Memang penat but happy dapat dating dengan Cik T. Cuma menyirap juga sebab mahal sangat nak masuk tempat ni. Total kami habis RM69! Memang la orang cakap, i-City tempat makan duit! Aku rasa ini kali pertama dan terakhir aku pergi. Best tapi sangat membazir.

So Cik T, next time abg akan rancang perjalanan dengan betul ye. :)


Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

03 March 2013

Penjagaan Tayar Yang Betul

1 March 2013, aku hantar Baby Red ke bengkel. Niat dihati nak tukar 2 biji tayar depan, sebab nampak macam sudah botak. Cik T pun agree sebab memang dah lama tak bertukar. Sejak dari beli kereta, Cik T tak tukar tayar. Jadi, pagi-pagi aku pun bangun, hantar Cik T ke office then terus menuju ke jalan yang benar, bengkel kereta.

Tengok tayar depan, sebiji cina bengkel tu kata RM280, jenama Hancock. Punya la mahal. Over budget, sebab perancangan untuk RM400 je tukar tayar. Aku pun pergi bengkel lain. RM260 jenama Goodyear. Sebenarnya ada yang berharga RM195, Silverstone tapi tayar ni paling hampeh. Cepat botak & senang pancit pasal nipis. Next bengkel aku pergi, RM230 untuk Continental. Tak fikir panjang, terus aku setuju.

Bila kereta dah naik atas (tempat jek tinggi tu), memang terkejut beruk la. Empat-empat tayar kena tukar! Semua dah nak pecah! Cina bengkel kata, semua total RM1200 termasuk alignment, balancing, kepala besi (tempat pam angin) dan repair rim 2 biji bengkok! Seriously, aku rasa nak pitam & demam masa tu. Ada tau takda duit, benda-benda bahaya ni memang nak kena tukar sebab ia berkaitan dengan nyawa! Dengan wajah kelat (macam Mr Bean), aku pun terpaksa swipe kad kredit. Tapi tayar Continental ni pun okey dan best. Tak bising & senang jaga. Bunga dia pun cantik.

Pemandu-pemandu kat luar tu, jagalah kereta anda baik-baik ye. Terutama bahagian enjin & tayar sebab ia melibatkan nyawa! Nyawa anda dan nyawa orang yang anda sangat sayang. Sebaik-baiknya setiap 10,000km rotate tayar anda dan buat alignment & balancing. Cuba elakkan jalan berlubang, ia boleh buat rim anda pecah & chamber anda bengkok. Memandu dengan berhemah dapat menyelamatkan nyawa anda & juga poket anda dari kering!

Lepas ni Cik T, biar abang yang jaga baby red 100% okey. Sebab sekali dia rosak, boleh pitam & masuk emergency room! Haha. Abang nak jadi abah, hanya kita berdua saja yang pegang steering Baby Red. Sebab bila rosak, takda siapa yang nak kongsi-kongsi bayar. Mahal bebenor yoep! Hahaha.


Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

20 February 2013

Jaga Pemakanan. Mencegah Lebih Baik Dari Merawat.


Pada 15/02/2013 sekali lagi aku masuk ke wad. Kali ini bukan di Sime Darby Medical Center Subang Jaya sebab hospital itu adalah hospital swasta yang mahal dan paling teruk perkhidmatannya di Klang Valley. Kali ni aku mmasuk Sunway Medical Center, dan ini pertama kali aku masuk ke sini. Pada aku, hospital ini sangat bagus dari segi perkhidmatan, nurse dan doctor.

Aku masuk kali ini sebab Urine Infection. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pergi tandas sampai berapa kali dan bila buang air kecil, darah yang keluar. Ia sangat sakit! Bahagian ari-ari dan perut rasa macam diperah. Lepas 3 kali pergi klinik, doctor refer aku ke Sunway Medical Center. ‘Berehatlah’ aku kat sana selama 3 hari.

Masuk-masuk sahaja, doctor terus ambil sampel urine, darah dan buat CT Scan. Hasilnya, tiada batu karang tetapi doctor risau dengan jangkitan kuman dan paras gula dalam darah aku yang tiba-tiba turun naik. Doctor mula-mula dah suspek aku ada diabetes. Aku memang risau la, muda lagi kot. Lepas tu bulan lepas aku masuk wad, buat medical check-up, semua okey! Lagi makin aku rasa tak best bila Cik Tunang tiba-tiba menangis, dengan aku sekali menangis. Mau tak sedih, dah la nak kahwin bulan depan, macam-macam dugaan pulak datang.

Berbalik kepada kesihatan aku, urology sudah refer aku ke specialist untuk diabetes. Specialist tu pulak refer aku ke dietician. Banyak jugak dietician ni ajar aku. Mula-mula dietician ni tny rutin makan aku hari-hari, kerja macam mana dan apa rutin aku bila tak kerja. Cerita punya cerita, rutin aku memang tak ada masalah. Semua okey. Tapi aku kena makan 3 kali sehari, banyak makan sayur dan kena exercise. Mari aku share sikit apa yang dietician kata sebagai ‘tabiat makan yang sihat’.

Sarapan pagi, cukup jika kita sekadar makan 2 keping roti putih. Jangan makan roti dengan milo sebab ia akan bersamaan dengan 2 pinggan nasi. Jka kita minum milo, ia sudah memadai untuk menampung tenaga kita sehingga makan tengah hari. Macam mana dengan rutin masyarakat kita, sarapan harus ada nasi lemak atau roti canai? Itu pun tak ada masalah asalkan portion itu tak terlalu banyak. Tapi cuba elakkan makan dengan minum minuman yang ada susu, sebab ia akan jadi sama seperti 2 atau 3 pinggan nasi.

Makan tengah hari pulak kena ambil, jangan tak makan. Jika kita orang Malaysia ni, nasi sebagai makanan ruji kita. Jadi tidak ada masalah untuk makan nasi dengan lauk kesukaan kita tetapi sebaik-baiknya elakkan makanan yang berminyak dan juga makanan yang berlemak. Nasi pulak, cukup sekadar secawan kecil bersama ikan, ayam atau daging dan juga sedikit sayur.

Bagi yang suka berdiet, terutama perempuan, mereka memang elak makan malam. Tapi sebenarnya itu adalah diet yang sangat tidak sihat. Sama seperti makan tengah hari, makan malam juga kita kena ambil. Sebaiknya sebelum pukul 7pm atau pun 2 jam sebelum kita baring untuk berehat atau tidur. Jika kita suka ‘supper’, pastikan 2 jam sebelum kita tidur kerana makan itu dapat dihadam dengan pergerakkan. Kalau tidak, ia akan tepu dalam badan kita.

Dalaman badan kita ni ibarat sebuah enjin yang besar. Kita perlu pastikan pergerakkannya lancar. Jangan tak makan 3 kali sehari (kecuali bulan puasa), makan sayur (Cik Tunang memang selalu marah aku pasal sayur ni) dan juga banyakkan bersenam (Cik Tunang, nanti kita beli treadmill letak kat rumah ye).

Masa aku nak discharged, akhirnya final diagnosis adalah urine infection dan bukan diabetes. Specialist kata, mungkin disebabkan urine infection, paras gula dalam badan aku turun naik tak menentu. Sebenanrnya kalau kita demam pun, paras gula kita akan naik mendadak. Tapi aku dah ambil langkah berjaga-jaga dengan beli mesin uji paras gula dalam darah. Boleh sama-sama guna dengan Cik Tunang aka Bakal Isteri sebab kedua-dua keluarga ada sejarah sakit diabetes. Mencegah lebih baik dari merawat.

Sent using my MacBook Pro

12 February 2013

Persiapan Bilik Pengantin

10/02/13 aku mula menggelabah. Tinggal beberapa hari lagi menuju tarikh pernikahan aku. Persiapan kenduri & hantaran semua sudah selesai cuma beberapa perkara kecil yang aku perlu siapkan. Antaranya persiapan bilik pengantin.

Pada mulanya aku nak cat bilik ni warna pink atau merah sebab tema kat rumah aku warna merah, tapi bila fikir balik nampak macam tak kena pulak. So, aku decide untuk cat warna biru sebab aku suka biru. Tapi Cik Tunang pula minat warna ungu, so aku decide untuk ikut kesukaan Cik Tunang, biar dia happy bila masuk rumah aku nanti.

Dah lama aku tak mengecat bilik sebenarnya. Kali terakhir 7 tahun lepas kalau aku tak salah. Penatnya tak payah nak cerita, walaupun bilik ni tak berapa besar, tapi bilik ini tinggi. Terpaksalah aku memanjat untuk cat bahagian sudut-sudut yang tak sampai.


Mula pukul 10am sampai pukul 7pm aku berjaya siapkan semua. Hasilnya, memang memuaskan hati. Bayangkan, sampai tak makan seharian untuk siapkan bilik ni. Cuma part yang tak best tu, parents aku dengan senang hati bagi katil aku kat jiran sebelah tanpa izin. Terbaik dari ladang la kan. Sekarang aku tidur beralaskan tilam atas lantai. Aduyai.




Jadi Cik Tunang, semoga happy melangkah masuk bilik kita ni bulan 4 ye. I Love You so much sayang.. :)

Sent using my iPad