29 October 2012

Perlu ke?

Ayat pertama yang keluar dari mulut aku adalah "bangang punya perempuan". Itu saja aku aku cakap bila aku terbaca tweet si bangang @HananJunior ni. Aku tak campur pun kau nak berromen ke, jadi pelacur ke tapi perlu ke semua benda kau tweet?

Mungkin ini akibatnya kalau terikut-ikut sangat budaya barat. Tak tau mana yang patut buat atau tak patut buat. Yang pasti akibat terlalu banyak pendedahan media terhadap gaya hidup orang barat, ini la harga yang kita perlu bayar.

Aku tak pasti mak bapak budak ni baca ke tidak. Cuma aku harap, budak ni insaf dan delete tweet dia. Guna akal sikit, tak perlu tweet benda-benda macam ni.

Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

26 October 2012

Salam Aidiladha 2012

Salam AidilAdha tahun 2012. Tahun yang terakhir aku beraya sebagai bujang. Tahun depan dah ada pasangan. Tak sabar rasanya, jantung tak duduk diam.

Raya Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Jadi, akan ada 2 khutbah, satu khutbah raya dan satu khutbah Jumaat. Masa itu agak suntuk, sebab habis solat sunat aidiladha habis pukul 930am. Solat Jumaat mula pada pukul 100pm. Jadi, AJK Masjid buat keputusan untuk adakan upacara korban pada hari sabtu, 27 Oktober.

Kepada cik tunang, selamat hari raya, maaf zahir batin... ILUSM... :)


Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

21 October 2012

Rehatkan Minda



20 Oktober 2012 aku dan cik tunang pergi merehatkan minda di Bukit Tinggi Pahang. Perjalanan yang tak dirancang dari awal tapi akhirnya kami selamat sampai dan balik, alhamdulillah. Memang mendamaikan kat sana, tengak pemandangan yang lain dari lain. Jauh dari hiruk pikuk kotaraya.

Kami bertolak pukul 10am dan sampai pada pukul 1130am. Tiket  masuk RM24 untuk 2 orang dewasa. Tempat pertama dituju adalah Colmar Tropicale. Terasa macam berada di dunia yang asing. Ini kali kedua aku ke Bukit Tinggi. Tak tahu macam mana nak gambarkan bila cik tunang tersenyum gembira. Seronok bila dapat gembirakan cik tunang.

Cik tunang sangat suka pemandangan di Bukit Tinggi ni. Hasilnya, banyak tempat cik tunang bergambar. Aku? Kurang minat sikit bab-bab bergambar seorang ni. Seronok bila dapat tengok cik tunang tersenyum riang cium bunga.

Kadang-kadang, kita memang perlu curi sedikit masa untuk merehatkan minda. Terlalu serabut kepala aku, jadi bila dapat merehatkan minda walaupun sekejap, memang lega rasanya. Kebetulan cik tunang pula bercuti mandatori. Jadi, rajin-rajin pergi merehatkan minda. Tak perlu belanja yang tinggi atau jauh-jauh, cari tempat yang berhampiran dengan anda.

P/S: Cik tunang, nanti kita ke Cameron Highland ye sayang... :)

Sent using my MacBook Pro

14 October 2012

Berusia Sebulan...

Alhamdulillah. 16/10/12 berusia sebulan pertunangan aku dgn Cik Tunang. Takde apa-apa dugaan sepanjang ini. Cuma merajuk sikit-sikit tu ada tapi nasib baik Cik Tunang ni merajuk tak lama. Setengah hari je ok dah. Hehe.

Kepada Cik Tunang, lagi 5 bulan je lagi. Stay cool dan buat apa-apa yang patut ye. Kita fikir sama-sama, baru semua berjalan lancar nanti. I always with you sayang. :)


Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900

10 October 2012

My Heart With You

Lama tak menulis. Otak dah semakin tepu untuk menulis. Terlalu banyak benda realiti yang aku perlu fokus. Termasuklah hari pernikahan aku. Rasa menggeletar pula bila nak lafazkan "Aku Terima Nikahnya".

Blog aku ni telah diubah suai oleh tunang kesayangan aku, Azura aka Sindarella Ezora. Thanks my dear because you change this blog looks like 'Taman Strawberry".

Aku nak cerita sikit pasal tunang kesayangan aku ni. Seorang gadis yang bekerja di Bank Islam, tempat lama aku kerja. Boleh dikatakan aku ni 'stalker' tunang aku ni. Kami kenal lebih kurang 3 tahun lepas tapi baru 6 bulan agak serius.

Pertama kali aku lamar tunang aku ni masa bulan Ramadhan, lepas buka puasa. Alhamdulillah, aku tak bertepuk sebelah tangan. Terus aku sarungkan cincin pertama aku beli. Hari Raya ketiga dgn kaki menggeletar, aku berjumpa ayah tunang aku. Alhamdulillah, family dia terima.

Tanpa tunggu panjang, 16 September, terus aku bawa rombongan meminang. Semua berjalan lancar. Amin, amin ya rabbal 'alamin. Sekarang cik Mazura Haini sah menjadi tunang kepada Teddy Bear ni. Bulan Mac 2013, aku akan berhadapan dgn tok kadi, memang menggigil dah dari sekarang.

Sejak aku bertunang ni, ramai kata aku dah berubah. Tak keluar malam, tak main gadget, berjimat, jarang makan dan asyik dengan BlackBerry. Ye la, persediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

Jadi, cik tunang yang membaca ni, Teddy Bear sayang ni nak cakap yang dalam hati I cuma ada sayang seorang saja. Tak pernah ada orang lain. Terima kasih sebab sudi terima Teddy Bear ni sebagai teman. Teddy Bear ni berjanji akan jaga sayang dunia dan akhirat, jadi suami yang baik dan tak akan pernah sia-siakan sayang. Layanan dan kasih sayang yang I bagi tak pernah dan tak akan kurang selamanya. I love you my sayang.



Sent via DiGi from my BlackBerry® Bold 9900