07 August 2012

PAS dan Agama Islam

Dewasa ini aku melihat banyak sekali orang2 melayu yg kononnya berhijrah dari kejahilan kepada kebenaran menjadikan PAS sebagai medium untuk menonjolkan penghijarahan mereka. Mereka melakukan demikian untuk menunjukkan bahawa kini mereka tela kembali ke landasan Islam. Golongan ini terdiri daripada orang bisas dan juga dikalangan selebriti.

Nama2 seperti Bob Lokman, 'Pak Jabit', Hairi Othman & Abby Abadi antara mereka yang popular dengan politik PAS ketika ini. Tak dinafikan, status mereka sebagai selebriti atau lebih tepat sebagai Bekas Selebriti banyak memainkan peranan sama ada peranan yg baik atau pun tidak. Segala perilaku mereka, dapat diperhatikan melalui tulisan2 di laman blog dan juga media sosial.

Aku sendiri berasa muak dengan cerita2 'penghijrahan' mereka. Mana tak muak, bila mereka mengatakan bahawa mereka sudah kembali ke landasan Islam tapi dalam masa yang sama mereka makin lantang menghina orang lain. Mengatakan kerajaan kini zalim; setelah mereka mengaut keuntungan hasil dari kerja seni mereka sebelum ini. Tak cukup dengan itu, mereka sewenang2nya menghukum & menghina orang lain atas tiket 'penghijrahan' mereka.

Sedarkan mereka, bahawa kedudukan seseorang itu, sama ada mulia atau tidak, terletak mutlak disisi Allah swt? Hanya Allah yang melihat seseorang itu layak atau tidak dipandang hina atau pun dipandang suci. Lupakan mereka, kisah seorang pelacur yang dapat memasuki syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan? Siapakah kita untuk menghina orang sesuka hati kita?

Manusia ini semuanya sama disisi Allah. Yang membezakan kita adalah tahap keimanan seseorang hamba kepada-Nya. Dan mereka juga harus ingat, Islam dan agama PAS itu berbeza sifatnya. Islam adalah agama syumul yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw kepada setiap ummat akhir zaman. Islam tidak mengajar kita mengkafirkan seorang Islam yang lain. Islam juga mengajar kita hidup rukun tanpa berpecah belah. Islam juga mengajar kita supaya jangan menghina orang lain. Islam juga mengajar kita bersabar. Tetapi itu semua berbeza dengan agama PAS yang mereka anuti.

PAS adalah sebuah parti politik yang merbahaya. Mengundi mereka, terus masuk syurga. Seorang ketua menteri cina diangkat kononnya menjadi khalifah. Membenarkan rumah Allah dimasuki oleh mereka yang dikhuatiri masih berhadas besar dan macam2 lagi yang boleh menyelewengkan akidah umat Islam. Segala tindak tanduk mereka mencerminkan seolah2 mereka maksum dan terlalu pandai agama sedangkan mereka adalah manusia biasa yang fitrahnya tidak sunyi dari melakukan dosa. Bagaimana seorang muslimah yang bertandak di pentas satu ketika dulu mampu memberikan ceramah agama hanya selepas 2 minggu bertudung? Sedangkan para ulama' menghabiskan masa muda mereka selama berbelas tahun menuntut ilmu agama, baru layak memberikan ceramah agama. Apa sijil yang mereka ini ada untuk memberikan ceramah agama? Atas sijil Ahli PAS, mereka sudah boleh mendabik dada kononnya mereka ini ahli agama yang mampu memberikan ceramah agama?

Maaf jika tulisan ini menyinggung mana2 pihak. Aku menghormati fahaman politik anda. Tetapi, perlu dibezakan antara misi politik dan agama Islam. Janganlah baru 2 minggu bertudung, anak ada masalah dengan dadah & kes moral sehingga tertangkap khalwat dijadikan alasan untuk menghina orang lain. Perlu diingat, mungkin orang yang dihina itu lebih mulia dari diri kita. Siapa kita untuk menghina orang lain. Kita semua sama disisi Allah, yang membezakan kita adalah tahap keimanan seseorang. Nik Aziz sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama yang hebat & aku sendiri secara peribadi menghormati ilmu agama yang dimilikinya, patut sedar akan fakta ini.

Sent from my iPad